* Article in Bahasa Malaysia

Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson – M – P – P – D di Batu Satu 1/4, Jalan Seremban, Port Dickson. Tempat ni masih baru lagi so kita terjah apa yang istimewanya ikan bakar kat sini. Ianya agak jauh dari Tiara Resort atau teluk kemang, Anda perlu drive menghala ke Bandar Port Dickson melepasi hospital dan kastam area.

Dahulunya dipanggil restoran nelayan,terletak di pelabuhan nelayan,berhadapan dgn perumahan kastam… supaya tidak sesat point paling penting lihat signboard berwarna hijau disebelah kiri anda tertulis ‘ PANTAI TANJUNG GEMUK ‘ depan tu trafic light anda ambil exit ke kiri … then terus melepasi shell station sebelah kanan anda. Tempat tu anda akan dapat lihat disebelah kanan tak jauh dari shell.

Dterapung

Terdapat 3 gerai@restaurant dibahagian bawah dan 1 restaurant terapung dibahagian atas. Pilihan ditangan anda kerana setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan, Kalau memilih D-terapung harganya agak mahal sedikit namun keselesaan tidak dinafikan. Jika anda ke sini pada waktu puncak 9-10 malam dan pada hari cuti sabtu/ahad memang sesak dan tiada tempahan awal dapat dibuat. Anda perlu walk-in untuk menjamu selera.

Ikan bakar   ikan bakar

Makanan nya boleh lah dikatakan sederhana sahaja, ikan2 yang dihidangkan agak fresh dan sambal cicahnya sedap dan lazat. Hidangan sampingan seperti nasik lemak , tomyam, sup ayam pun ada. Cuma apa yang menjadi masalah tempat agak terhad kerana jika ramai pengunjung anda terpaksa menunggu lama.

Ikan bakar  ikan bakar

Jika anda membawa keluarga yang ramai digalakkan anda cuba dahulu buat tempahan ( kadang2 mereka terima ) 3 jam lebih awal bagi  memudahkan kerana jika tidak anda kena sabar’ menunggu …. selamat mencuba.

Map untuk lokasi tepat ke Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson.