Negeri dibawah bayu … percutian 3H2M destinasi yang menarik untuk diterokai dalam Malaysia. Pakej My lovely wife ambil masa matta fair … so harga murah untuk tour guide yang disediakan. Air Asia jadi pilihan seperti biasa …tambang murah. Memandangkan semua dah arrange dengan tour guide so takde benda nak pening untuk diuruskan. Early morning dah pi airport but this time I guna khidmat kawan dari PMC … dia bwk teksi ke KLIA …so bleh kawtim.

  

Berbekalkan breakfast Mc D and almost 2 hours then touchdown kat KK airport. Our  Tour guide guy dah siap sedia menunggu dgn MPV … ermm pantas dan menepati masa. Muda lagi orangnya …so sbb dah tengah hari and anak2 dah lapar dia bawak we all pi restaurant seri malaysia untuk lunch … pas ni takde stop sebab nak terus ke Kundasang yang mana perjalanan selama 2 jam …fuhhhh. So lepas makan terus bertolak ke Kundasang …perjalanan meletihkan and i kena la jaga yang kecik sekali tu … anak2 memang letih dok tidur je dalam mpv … jalan pun bukan elok sangat …dok layan je persekitaran. Dekat area Kundasang baru la cuaca sejuk ala2 cameron gitu … kira tempat ni dah kawasan bukit la … hujan sekejap – sekejap and jalan berliku. Lega sebab mamat guide ni tau we are family so cara dia drive pun molek .

  

Destinasi penginapan pun sampai iaitu …Fairy Garden Resort . Tempat ni sejuk giler …berkabus je macam kat genting. Masa we all sampai takde orang pun tempat ni …cuak juga. Disebabkan dah lewat petang and we all stay kat sini sebelum pi ke resort gunung kinabalu and taman rimba.  Memang sunyi sepi tempat ni … bilik we all pun takde kipas or aircon sebab sejukkkk …. then malam we all pi restaurant kat bawah resort ni … ermmm pekena fresh watermelon and fruit …makan nasi goreng je sebab cam pelik je masakan kat sini. Apapun waktu tidur memang nyaman …udara segar.

  

Next day after long breakfast …sbb our tour guide tak sampai lagi …then pekena teh sabah bercawan – cawan we all ke Taman gunun kinabalu …kira kat bawah check point orang nak panjat gunung kinabalu tu la. Bleh la nampak puncak Gunung Kinabalu dari situ and ramai la orang2 yang nak pi panjat time tu . Cuaca memang sejuk dan berkabus . Maybe 1 day anak2 dah besau bleh le kita manjat gunung ni …hehehehe

  

Lepas lepak2 then terus ke taman rimba kat situ …dalam hujan renyai2 masuk la hutan tengok2 tumbuhan semulajadi . Yang best …we got ‘fresh air’ . Selesai je kami sekeluarga terus ke ‘hot spring’ untuk melawat kolam air panas … time ni orang tak ramai and agak kecewa sebab takungan air kering kontang ..cuma ada 1-2 kolam je ada air …nasib baik la udara nyaman and damai … tenang sikit jiwa.

  

Satu perkara yang dapat dilakukan …. mandikan si kecik kat sini …hehehehe siap bogel lagik tu …cam biasa la dia suke main air. Then we all lunch kat sini dengan hidangan yang simple telah disediakan … makanan diorang macam banyak guna halia ..rempah2 gitu … apa pun dek kerana laporrr …apapun sodap.

  

  

Lepas puas main2 air …dah makan then abih la xtvt kat kundasang sebab pastu we all akan kembali ke Kota Kinabalu untuk stay kat Hotel situ pulak. Perjalanan amat meletihkab dah la 2 jam … nasib baik anak2 takde yang meragam. Semua dalam keadaan baik je… sampai je Hotel Borneo dah lewat senja pun. Hotel ni 3 star je tapi dok kat tengah2 town …dekat dengan pasar and jeti. Dok sebab letih we all makan je apa yang ada and take a sweet dream ….loteh jang oiii 2 hours dalam mpv.

Next morning semua bangun awal … sebab guna tour guide we all pun kena la siap sedia awal ..so bleh amik masa untuk breakfast.

 

Macam biasa tour guide dah ada …mudah dan pantas . kali ni gegurl lak yang bawak we all jalan2 …peramah orangnya. Destinasi dituju ..PULAU PULAU n pantai …huhuhu. So semua dah diorg arrange untuk kami sekeluarga … dari hotel terus ke jeti … naik speed boat. Anak2 la yang paling seronok sebab diorg nak rasa naik speed boat tu … cam biasa abang adik’ dengan gayat dia …

  

  

Perjalanan hanya dalam 30 minit … dan kami melawati 2 pulau sahaja iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan … masa sampai je kat manukan island tu memang terpukau dengan kejernihan air lautnya … cam tengok air kolam renang je … memang best bleh nampak lagi ikan2 dan coral. Memandangkan my family ni tak suka mandi laut memang we all tak plan pun untuk mandi2 or cuba scuba diving ..maklumlah keluarga lilin tak bleh kena panas sikit … Apapun suatu pemandangan yang indah kat pulau ni.

  

  

  

Bila dah penat main pasir … tangkap2 ikan kat tepi tu … we all pegi ke Pulau Sapi untuk lunch. Semuanya telah disediakan oleh Tour Guide … lunch pun makanan laut … Kat Pulau sapi ni banyak sikit XTVT and ramai yang mandi pantai …maybe sebab airnya lebih jernih and ombak yang best kot. We all santai je sampai la petang menikmati pemandangn insah and mendengar deruan ombak yang berlagu … damai.

 

Abis je xtvt pantai we all gerak ke hotel semula …so habih perjalanan ke Pulau …. lewat petang rehat kejap then we all merayau kat town . Pekena makan malam and pi pasar waktu malam untuk shopping ala kadar … Dapat la borong mutiara berkoyan-koyan and beli barang serba sikit. Paling best shopping sampai 2 round tak sedar jam dah 1 pagi …hehehehe.

Next day berakhirlah trip ke Kota Kinabalu … apapun maybe next time we all nak cuba tak guna Tour Guide sebab bleh rancang mana nak pegi … or cari guide kat sana je. Have fun time in KK …