* Article in Bahasa Malaysia

My lovely wife ajak I ikut family trip dia ke Segamat … mula2 I tak la fikir apa sangat la nak pi Segamat tu …then baru la I teringat dia lahir area sana and pernah membesar di sana. Mesti banyak kenangan dia dan keluarga kat sana kan.

Berikut serba sikit asal usul ‘SEGAMAT’ mengikut sejarah ….

Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar “Daerah Lagenda”. Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis. Malangnya, Puteri yang digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai “Daerah Sumpahan Malim Deman”.

Kami berkonvoi ke Segamat dengan 4 buah kenderaan … ada 4 keluarga dan emak mertua ikut sekali … perjalanan lancar sahaja cuma bila sampai je pekan Segamat barulah rasa terujanya …saat2 my wife buka mulut dok ingat tempat2 dia membesar dolu2. I dan anak2 layan je dengan penuh keseronokan nak tau gaksss  apa yang bestnya. Pot pertama we all pi la check in hotel dulu … very small 3 star hotel yang i dah book awal2 lagi … price murah je. Boleh la ada swimming pool then dekat tepi jalan besar je… tak sangka pulak ramai yang check-in kat sini.

  

  

Apa yang utamanya our family kat sini …diorg nak pi la tempat2 diorang belajar dulu2 … so pegi la ke sekolah diiorang amik gambo… mungkin we all tak terasa nostalgianya but for sure …my wife and kakak2 dia mesti ada kenangan indah kat sini. Town segamat ni pun bukan besar mana …sama je macam town2 lain.

  

  

  

Terlanjur kat sana we all melawat la kenalan2 and jiran2 family my wife ni … memang tak pernah tau and kenal pun. Boleh nampak mereka semua gembira ..ye la berpuluh tahun tak jumpa lepas pindah. So kami memahami perasaan mereka …cam jejak kasih la pulak. Sempat lagi pi kenduri kawin kat sana … dapat merasa budaya dan masakan orang segamat .

  

So suatu perjalanan yang agak menarik … pengalaman singkat kat Segamat boleh la mengembirakan My lovely wife and keluarga dia setelah sekian lama merancang untuk ke sana …akhirnya tercapai juga impian mereka.

Segamat ! lebih dari sebuah memori …