* Article in Bahasa Malaysia

Bukit tinggi  Bukit tinggi

Colmar Tropica – A french themed resort … Biasa dengar orang kata resort Bukit Tinggi ni best dan menarik untuk dilawati. Berciri kan bangunan ala french and dengan udara@cuaca yang sejuk ramai yang suka ke sini. So kerana ingin merehatkan badan dan nak lari dari kesesakan KL dan kerja yang stress our family decide nak bercuti-cuti 2H1M ke Bukit Tinggi .

We pegi by car … drive je dari KL bukan jauh sangat pun …around 45 minute je. Adik Ipar I one family and us 1 family. Arrangement semua just on the spot je ..lagipun simple trip. Perjalanan macam biasa melalui Karak highway and sampai Bukit Tinggi udara memang nyaman … segar …sejuk.

Sampai je terus check-in ke resort … dari luar nampak ka keindahan resort tu dengan bangunan2 ala eropah. Time ni ramai juga orang ke sini and terpaksa la beratur untuk check-in … masuk je bilik we all mengeluh sebab bilik macam dah lama tak terurus … perabut ..langsir macam kusam gitu. Macam tak percaya je gah disebut-sebut dan harga agak mahal juga… apapun bilik we all dapat ada 2 …macam bertingkat … 1 family atas 1 family bawah … deco pun biasa2 je.

  

Lepas selesai je hal bilik we all tinjau2 la persekitaran … yang penting nak cari pot makan … erm ada la restaurant kat situ ala western …price as you know la kan camne … sebenarnya we all dah prepare awal2 lagi bawak bekal dari rumah ..benda2 wajib la apa lagi meggie … nasi impit vs sambal …roti2 . So no hal la bab makan …then ada juga swimming pool kat situ …sejuk beb sapa nak main swimming pool … disebabkan anak2 ni memang pantang nampak air …we all layang je swimming kejap.

Malam lepas light dinner … merayau la kat area situ menikmati pemandangan berkabus … ada juga show movie and simple xtvt malam tu. Persekitaran memang  santai untuk berehat and amik gambar. Layan anak2 main game and walk around the building … so bleh imagine la tak banyak benda pun kat sini …pulak tu time kita orang stay hujan lebat … jawabnya masuk bilik …ZzZzzzz zzz je.

The next day after breakfast then we all decide nak pi melawat Rabbit farm … so ada juga xtvt bleh dibuat kan … sebelum tu jalan2 je sekitar resort menikmati pemandangan. Pi rabbit farm ni naik keretapi segera yang disediakan hehehe … lama juga menunggu tapi tak rasa letih sebab cuaca sejuk. Sampai sana anak2 layan la rabbit dengan bagi makanan yang diorang sendiri dah jemu kot …sebab tu rabbit tu lari …. ada la juga benda nak buat.

  

  

Walaupun tak banyak xtvt kat sini but boleh la santai bersama keluarga sebab keaadaan tempat yang bersih dan udara yang nyaman. Lepas je habih kat ladang arnab tu well all pun balik kemas barang and check-out … terus balik ke KL.

Percutian yang singkat and tak banyak xtvt … cuma secara dasarnya harga resort tu agak mahal dengan apa yang disediakan … anda sebenarnya boleh pergi ke sini balik hari je …no need to stay sebab tak jauh dari KL pun.