* Article in Bahasa Malaysia

Masa tengah sibuk2 kerja kat office tiba2 my wife call Jom Jalan2 over the sea … pi  taipei ke sbb adik dia ajak … ermm I pun terus kata …kita pi Vietnam la sebab kebetulan sebelum tu dok tengok blog2 travel pasal vietnam. Teruja bila tengok gambar2 kat sana dengan pengalaman kat sungei mekong tu … I fikir kali ni biar la pergi tempat yang kita tak pernah lalui suasananya … bukan la pi shopping or sekadar makan angin je macam kat dalam negara. Berbekalkan fakta-fakta menarik dan kukuh akhirnya diorang agree pi Vietnam … so macam biasa my wife and adik ipar I arrange semua … booking ticket air asia. Then penginapan cari kemudian.

Persiapan kali ni agak last minute .. termasuk la pi tukar duit. Penginapan dah settle and penerbangan pun dah diuruskan. Awal2 lagi dah pesan anak2 this time more adventure sbb kena naik boat kecik … ikut sungai dll…. semua rasa teruja lagi pun anak2 memang suka bab history ni.

Saigon@Vietnam@Ho Chi Minh … kami datang! Kali ni we all gather kat rumah adik Ipar sebab rumah dia kat kajang je senang nak pi KLIA … mak mertua pun ikut sekali. Subuh2 seawal jam 5 semua dah siap sedia ke KLIA… breakfast segera cam biasa MC D.

  

Perjalanan dalam 2 jam so nak tidur pun tak dapat dok melayan anak2 nya hal … dalam plane layan lagi nasi lemak … nasi beryani ayam  and cuaca diudara agak mendung. Sampai je ruang udara Vietnam bleh nampak dari atas sungai Mekong yang besar … ermmm pemandangan sama macam dalam filem Rambo …hehehe. Touch down je airport amik bagasi then pi carik teksi besau utk we all … lucky kat kaunter imigration sini mudah dan pantas. Jenuh gak tawar menawar utk cari MPV tu sbb ramai yang offer … mujur ada yg ok.

Vietnam  

  

Masa mula keluar dari airport dapat tengok kesesakan jalan raya mereka … memang betul la …penuh sesak! sesak dengan Motorsikal’ pergh dan cara diorang bawak semuanya redah je …no law … suka suki HON orang … memang pelik tul…dah pulak tak nampak polis pun. Apa yang bestnya HELMET diorang pakai semua cantik2 dan pelbagai design ….gerammm je tengok. Dan satu perkara lagi yang PALING unik … wayar bekelan elektrik @ TNB diorg …rare beb …berselirat macam benang jahit tersimpul … memang menakotkan.

Motorist  

Saigon city  

  

Memang unik kesesakan lalulintas kat town ni …macam2 hal boleh jadi jenaka ..pastu diorang memang suka HON’ ..so jangan marah. From airport we all menuju ke Hotel naik teksi MPV je …so muat untuk we all semua. Ada TIP sikit nak bagitau …make sure HANYA naik cab HIJAU atau YELLOW sahaja sebab selain daritu akan kena GAME. Charge teksi ikut meter and tak la mahal mana … nanti I ceritakan pengalaman kisah CAB menipu ni.

‘Beautiful Saigon Hotel” itu lah tempat penginapan kami yang dah dibooking awal2 lagi … status cam budget hotel je dekat town. Walaupun kecik but bersih teratur dan selesa …harga pun murah. Ramai backpackers stay kat hotel ni… staff diorg pun ramah mesra. We all amik 3 bilik so cukup untuk 2 family and mak mertua I my wife akan temankan.

  

Selesai check-in then rehat2kan badan sekejap we all pi jalan2 kat town ..destinasi dituju adalah Reunification Palace@ bangunan pentadbiran dulu2 … kira macam nak pi muzium la ni. Nak pi sana we all naik teksi mpv je …mudah dan cepat. Sampai sana je we all ikut tour guide …gegurl yang pakai baju traditional diorang …peramah dan pandai berbahasa english … memang menarik mendengar cerita sejarah tempat ni … siap ada kubu bawah tanah lagi utk diorang berlindung. So boleh la serba sikit faham sejarah ho chi minh … anak2 pun suka bab history ni.

  

    

Banyak gak history dapat tau pasal penubuhan Ho chi Minh dan cerita2 perang diorang … bila dah loteh biasa la waktu nak melantak. Masa pun dah lewat petang … we all cari cab then menuju ke district 1 road … kat sini ada 4 restaurant halal yang famous untuk ada makan.

Semuanya berada di jalan yang sama dan berdekatan je … Mula2 nak cuba Nyonya restaurant dulu untuk dinner ni … we all pekena nasik goreng …tomyam… nasi lemak rendang kegemaran anak2 … semua dah lapor so layan je. Harga makanan halal sini agak mahal la sikit …mahbe sebab demand kot … apa pun masakan memang sedap dan mengenyangkan. Anda tak perlu risau pasal nak order sebab diorang dah biasa dengan kita orang dari Malaysia …then ada yang pandai cakap melayu pun. Tak jauh dari deretan kedai ni ada satu masjid lama yang anda boleh kunjungi.

  

Hari dah malam …badan pun dah letih …then balik Hotel la apa lagi .. cam biasa amik green cab je … sampai hotel semua dah pancit …time untuk tidur. I layan tv kejap …tengok sport …masuk FB …pun ZzzzZZZ .

Next day …semua dah bangun awal then breakfast kat loby hotel …pekena fresh bread@roti potong+jem+chezz+buahan . Destinasi dituju … Chu Chi Tunnel @ tempat perkampungan vietkong masa zaman perang ..ala yang macam dalam filem Rambo tu. Satu lagi pengalaman dan sejarah we all nak tengok … semua race teruja sebab sebelum ni dengar cerita je. We all ke sana dengan 1 MPV yang dah sedia menunggu kat depan hotel …perjalanan dalam 1 jam juga melalui town the macam kampung2  getah sikit… time ni hujan renyai2 je. Sepanjang perjalanan tak la bosan sangat sebab dok tengok tempat diorng …

Sampai je kat pintu masuk …kena beli ticket then jalan kaki melalui terowong …bila sampai je kat dalam terus kami dipelawa ke 1 main pondok yang besar untuk mendengar show’ @ taklimat pasal chu chi tunnel ni dan persekitarannya. Kawasan ni kira macam masuk kem askar dalam hutan la gitu …banyak pondok2 dibuat dari buluh. Sebelum ni kami hanya membaca cerita2 sejarah perang vietkong ni …camne mereka boleh menang dengan US … so masa kat sini kami boleh alami suasana dengan lebih dekat.

Memang menarik tempat ni pada mereka yang peka pasal history … nak tau sejarah orang lain. Anak2 pun tertarik dgn apa yang mereka tengok terutama Ammar yang memang dah tau pasal sejarah vietkong ni. Lepas abih ceramah tu kami dibawa oleh 1 tour guide yang berpakaian ala2 askar vietkong untuk pergi melihat setiap sudut yang ada…. dapat melihat terowong2 yang asli dimana mereka bersembunyi pada masa perang … memang dasyat la diorang nak survive. ..mereka guna cangkul je nak buat terowong bwh tanah tu.

kami dapat juga melihat perangkap samar yang digunakan … melihat kesan bom yang dijatuhkan oleh US masa perang … paling best dapat makan UBI KAYU’ dan TEH pandan yang disediakan untuk tetamu. My wife and adik Ipar dapat merasa melalui salah 1 terowong gelap bawah tanah tu … memang ngeri dan best..suatu pengalaman yang tak akan dapat kat tempat lain.

Selepas penat we all berehat kat suatu kawasan yang disediakan …pastu I dengan adik Ipar dapat mencuba senjata perang … M16 ..EK46 …dan pelbagai …peluru kena beli … anda hanya perlu bayar harga peluru …then boleh try guna senjata tersebut kat lapang sasar yang disediakan …. ermmm pengalaman yang tak dapat digambarkan … best. Apa2 pun layan gambar2 dibawah ….

  

  

  

  

  

  

  

  

Chu Chi Tunnel …. suatu pengalaman yang amat menarik. Memang orang2 Vietkong ni dasyat masa zaman perang mereka … sangat gigih untuk survive … bukan yang dewasa sahaja …termasuk kanak2 kecil juga boleh hidup dalam suasana macam tu …perghhh patut mereka leh menang dengan US!.

Selesai kat chu chi tunel …we all kembali ke town city … perjalanan yang agak menarik … masing2 leka dengan melihat panorama sekeliling. Tiba je kat Town pun dah lewat petang so we all decide ke District 1 lagi untuk makan malam … kali ni dah set untuk merasai makanan kat HALAL@Saigon … Our adik Ipar nak belanja we all this time sbb ada birthday gurl …my wife. But sikit kecewa sebab takde kek …dek payah nak cari n takot tak halal je. We all pekena Kari kepala ikan and lauk2 and sup2 … memang layan beb! ..then pekena KOPI vietnam…perghhh betul2 Kaw. … So after melantak we all balik Hotel. Than malam tu ronda2 sekitar town tu je ..dapat la beli2 barang sikit …lagi pun semua dah letih. Next day nak travel lagi.

  

  

Delta Mekong adalah destinasi dituju seterusnya … awal pagi lagi lepas breakfast semua dah siap sedia kat lobby hotel. We all akan travel ke Mekong delta menaiki bas yang telah ditempah melalui hotel … only 1 day trip sahaja. Jika ada masa boleh lah mengambil trip yang ada menginap kat sana …lebih banyak xtvt akan anda lalui.

  

Perjalanan yang ditempuhi lebih kurang 1 jam 30 minit gak, masa we all punya journey ni ramai orang eropah dalam bas ni … perjalanan jauh cuma nasib baik cuaca ok tak hujan …panas dan berangin je. Pemandangan sawah padi anda akan lihat sepanjang ke Delta Mekong …apa yang peliknya boleh kata anda dapat lihat setiap sawah padi mereka ada pusara ditempatkan … maybe diorang tanam mayat keluarga mereka kat tanah kediaman mereka kot … dalam perjalanan tu ada la singgah kat tempat rehat …then tokong bersejarah.

Setelah sampai ke Jeti Delta mekong tu …nampak la sungai yang amat besar dengan arus air yang berombak … air sungai lak macam air teh susu je …hehehe . permulaan perjalanan kami menaiki bot yang besar untuk ke 1 Pulau …kira ni dah termasuk dalam package guide tu untuk lunch …cuma kami tak amik package lunch sekali sebab tak HALAL … we all memang dah tau awal2 so dah siap bawa makanan sendiri … meggie …roti …dan ada bawa sardin untuk sandwich segera.

  

Sepanjang menaiki bot tu memang mendebarkan … tapi enjoy gak sebab dapat cuba benda lain kat tempat orang …lagi pun suasana angin kuat and desiran air tu best…. hilang rasa takut.

  

Sedar tak sedar rupanya kami pun sampai kat 1 pulau … seperti yang diaturkan untuk berehat tengah hari dan lunch. Kira pulau ni kecik je …1 dari banyak2 pulau sekitar sungai yang ada. Seperti yang diberitahu … anda PERLU bawa bekal untuk makan tengah hari sebab kat sini memang takde makanan halal beb…. lagi 1 banyak ANJING2 peliharan penduduk kat sini …so berhati-hati … disini lah berlakunya kejadian@mimpi ngeri 1 of my kid …angah dikejar anjing. Maybe sebab dia comel anjing geram kot …kesian dia lari sampai langgar meja makan … nasib baik tak cedera … apa pun mmg pengalaman yang dia tak akan lupakan.  Pada bangsa2 lain diorang memang dah disediakan hidangan lunch … we all buat hal sendiri je … selesai kat sini …sekali lagi kena naik bot ke another pulau …cuaca amat baik time ni.

  

  

  

Sekali lagi we all melalui sungai yang besar ni … kali ni agak jauh juga perjalanan ke pulau seterusnya. Namun agak menyeronokkan juga dengan suasana alam sekeliling yang damai ….dari sungai yang besar perjalanan terus menyusuri sungai yg lebih kecil … then sampai lah kepulau seterusnya ….kat sini kami melawat tempat menbuat gula2 dari kelapa … coconut sugar farm … dikelilingi dengan pokok kelapa ..nipah dan sekitar yang agak bersih. Cuma banyak ajing je yang agak spoil … dapat la tengok process diorang  buat ‘candy’ ni … ada juga dijual kat sini … kerana soal Halal ‘ dan kebersihan kami tak beli pun … pastu kami dihidangkan dengan minuman madu lebah yang freshhh …siap ada lagi lebah berterbangan kat cawan tu … memang fresh. I pulak cuba main ular sawa …yg ada dibuat pertunjukan kat sini …tujuan dibawa kat pulau ni sebenarnya mereka nak bagi tau bahawa hasil dari kelapa mereka pelbagaikan untuk cari sumber pendapatan …..

  

  

  

Selesai je xtvt kat pulau ni ….kami seterusnya akan menaiki sampan kecik untuk menyusuri sungai yang dikelilingi oleh pokok nipah … sesuatu yang mencabar keberanian … safe jacket pun takde …memang sampan tu kecik dan mudah terbalik … anak2 semuanya berani belaka dan agak seronok dalam perjalanan … pengalaman yang mencabar untuk semua terutama anak2 …

Perjalanan dalam 20 minit than sampai la ke destinasi akhir … berlabuh kat tepi sungai dan meredah kebun yang tak ubah macam kat kampung … kami berjalan ke suatu tempat yang mana dah disediakan santapan buah buahan yang fresh …rambutan ada nanas ada dragon fruits dan macam2 …dimakan dengan hidangan teh pandan . Kat sini kami disajikan dengan hiburan @ dendangan lagu traditional mereka … ada sejarah disebalik lagu dan music yang dimainkan …than mereka siap jual dalam bentuk CD untuk kenangan.

  

  

Berakhirnya dendangan lagu sambil menikmati buah buahan tu maka tamat la ..untuk xtvt pada hari tersebut. Waktu pun dah lewat petang kami pun terus menaiki bas pulang ke Hotel …. sampai je town we all as usual makan kejap than pegi town Ben Thanh Market untuk shopping ala kadar je …. walau ala kadar banyak gak diborong cam biasa la tengok semua nak beli … dapat la we all beli baju2 and kain2 … anda sebenarnya boleh shooping kat Ben Thanh Market ni waktu siangnya tau malam …kalau waktu siang kat dalam bangunan je …tapi kalau malam kira macam pasar malam la …harga bleh lagi kurang. Ada juga penjual yang fasih berbahasa melayu … cuma hati2 sebab mereka ni peramah sangat …takut terpedaya.

Ada TIPS sikit kalau nak beli kain pastikan ukuran tu anda tahu sebab kain yang dah potong kat situ ukurannya kecik dlm 2 ela camtu … so hati2. memang design kain cantek2 beb …cuma takot bleh buat baju je nanti. lagi satu kalau pi pasar malam …buah-buahan memang fresh… hati2 dengan penjual2 kanak2 jangan layan sangat sebab mereka pandai berlakon sampai menangis suruh beli barang.

For final day we all melawat sekitar town je …pegi POS building yang cantek dan famous tu …than pegi war musium. Menarik untuk bergambar dan santai dengan family … nak ke sana ambil teksi je tak susah.

  

  

Masa tengah hari sebelum ke airport kami sempat lagi singgah ke ben thanh market untuk bershopping last minute …biasa la mesti ada barang nak beli. Then we all sekali lagi lunch kat Halal @ saigon …pekena kopi kaw dulu …hehehe. selesai melantak baru la kami ke Airport untuk pulan ke KL.

  

Memang suatu percutian yang menarik … ianya lebih dari percutian …ianya suatu pengalaman dan suatu pengetahuan … apapun sejarah tetap sejarah dan pengalaman menjadikan kita rasa bertuah lahir dinegara yang aman dan damai …malaysia.