* Article in Bahasa Malaysia

Semenjak kewujudan ‘media social’ dalam kehidupan masa kini makin ramai penguna yang menjadikannya suatu platform untuk mencari rakan, keluarga mahupun bekas girlfriend’ atau boyfriend’ .

Apa jua tujuannya biarlah semua itu untuk tujuan kebaikan … ‘RE-UNION’ suatu majlis atau xtvt baru yang berkait dengan hadirnya media social’ tersebut. Bila dah jumpa dalam ‘facebook’ mula wijud kembali ‘x-group’ untuk pelbagai kumpulan …wujudnya x group untuk sekolah … university atau pun syarikat atau apa saja.

[Bb] juga tak lari dari wabak baru ini … bayangkan lah setelah 20 ++ tahun baru dapat semula berjumpa dengan kawan2 lama. Sebenarnya manusia tak dapat lari dari pengalaman kerana segala peristiwa yang dialami itu mematangkan diri kita.

[Bb] ada  group xPMC, xAMS, xSDM, xUitm …etc. Group ‘re-union’ yang paling aktif adalah kawan2 zaman sekolah kerana terlalu banyak liku2 hidup dialami bersama mereka sejak dari zaman kecik ke remaja ke dewasa lagi.

Pada mulanya rasa sangsi juga untuk berjumpa dengan semua kawan2 ye la …[Bb] bukan nya glamour …hehehe. Sebenarnya memang bagus apa yang dipanggil ‘re-union’ ini … kita dapat mengeratkan silaturahim …bahkan dapat melupakan sebagar pertelagahan yang pernah berlaku. Alhamdulillah telah lebih 3 kali group yang [Bb] join ni buat ‘re-union’ … kawan2 pun support setiap program yang dibuat .. cuma agak kecewa masih tak dapat mengumpulkan semuanya.

Macam2 perkara dapat dikongsi kembali setelah berjumpa …rasa sedih bila dapat tau sudah ada yang meninggalkan kita buat selamanya … buat mereka … Al-fatihah. Harap pada rakan yang masih ada dapat kembali berhubung kerana silaturahim itu suatu perkara yang baik … jangan lah msih ada yang rasa segan silu atau rasa rendah diri untuk berjumpa kerana tiada apa yang membezakan kita  … segala kejayaan patut dikongsi bersama.

Re-union’ bukan suatu pakatan …bukan suatu penyakit …bukan suatu pencetus keruntuhan sistem kemasyarakatan … ianya adalah suatu “KEPERLUAN” dalam kehidupan ….