* Article in Bahasa Malaysia

Cuti 3 hari 2 malam kat A famosa resort … secara percuma sekali lagi kami sekeluarga akan ke Melaka. Sebenarnya dah banyak kali kami ke A famosa ni .. sebelum ni pun pernah stay kat villa yang ada pool sendiri tu . Memandangkan dah lama tak ke sini …  pun arrange untuk bercuti la kat sini sebab dan lama betul tak amik cuti …

Untuk 3H2M kami stay kat Condo with 3 room and full xtvt untuk 6 pack …memang cukup2 untuk kami sekeluarga … sebab semua dah diuruskan kat office ( Thanks to Anne sebab dia arrangekan ) so takde benda yang perlu dibuat ….just pegi sana untuk cuti2 … anak2 la yang suka sebab mereka ni suka main air …ermmm dalam erti kata banjar’ berkubang ahakssss.

So dalam jam 9 kami bertolak ke destinasi … so rushing drive pun relaks je. Sampai  A famosa dalam jam 1 tengah hari … pi kaunter check-in baru sedar boleh masuk pun jam 3 petang … dah lama tak pi lupa lo … so we all pi la alor gajah untuk lunch dulu and jalan2 tengok sekitar town. Selesai je makan we all pi check-in dalam jam 3 ptg …tak ramai orang pun. Dapat la tingkat 6 dengan 3 bilik yang besar …anak2 amik bilik masing than boleh la papa&mama privacy ….hehehe

Resort ni macam kurang sambutan so bilik agak kurang dijaga la … kalau diikutkan kena bayar RM1000 +++ utk 3H2M ni agak tak berbaloi la …kalau keadaan tak best. So demand punya pasal …suruh diorg betulkan apa je yg rosak hehehehe.

Disebabkan dah lewat petang we all rest je kat Condo … than keluar pi dinner … we come back untuk pi Cowboy town. Semua dah disediakan termasuk ticket … mula2 dah dihidangkan dengan tarian coyboy kat pintu masuk … tempat ni pun dah agak lama cuma persekitarannya dijaga …xtvt menarik kat sini adalah show yang diadakan …memang best dari pertunjunkan red indian sampai la penutup dengan bunga api …. best . hujan pun tak rasa … anak2 la yang seronok.

  

The next day we all nak serbu pot baru Animal Safari …sebelum ni selalu nya we all pi water park je …tak kisah pun nak pi jelajah benda baru.  Breakfast agak jauh dari condo …kena drive ke area water park …pergh nasib baik parking tak kena bayar. Than kena jalan kaki lak untuk ke restaurant …ermmm pelik tul la resort ni punya arrangement.

Selesai makan than we all pi la counter ticket nak amik bangle untuk masuk …ermmm kejadian lagi … salah vaucher yang marketing department bagi …lepas call anne kat office minta tolong clearkan …akhirnya selesai. Dapat juga masuk safari tu …actually entitle 6 orang …we all 5 je…rugi 1 ticket.

Animal safari ni tak la besar sangat tapi best juga … naik lori yang diubah suai dengan palang2 besi untuk keselamatan … not bad juga ada harimau …beruang … singa …buaya dan sebagainya. Anak2 memang seronok dalam ni …mereka boleh tengok dekat bukan macam kat ZOO negara tu …hehehehe

Than we all walk dari 1 tempat ke 1 tempat …sini ada animal show …yang menarik dapat tengok elephant show …bird show memang best la . Boleh bagi binatang makan lagi termasuk la bagi Harimau makan … berani keeee.

  

  

Memang meletihkan sebab banyak berjalan kat safari ni …tapi terhibur bila tgk macam2 gelagat bila jumpa binatang2 yang ada …terutama bird show memang best. Dah letih kat safari we all decide nak pegi juga Water park’ walau awalnya tak nak masuk sebab dah biasa pegi sini …anak2 nak sangat main air … balik condo salin baju than pegi water park …sebab semua access bleh masuk mudah je laaa … so layan la ombak ..sliding cam biasa …cuma salah satu pot untuk kanak2 tengah tutup untuk baik pulih dan bina yang baru … ermmm bleh try next time.

main air sampai kecut … lewat jam 7 baru kami keluar …than balik ke Condo. Lepas tu pegi dinner cam biasa kat luar tu banyak kedai makan … dah loteh malam bleh rest… Final day we all tak ke mana … malas nak layan go kart or paint ball …we all mandi kat swimming pool je …lepas breakfast sebab cam biasa anak2 suka air …sama cam bapaknya …ahaksss.

  

Selesai check out … singgah kat town alor gajah untuk lunch … lepas tu ingat nak ke KL terus but anak2 request nak jalan lagi …so pi la melaka bandar bersejarah …pot kat dataran pahlawan than melawat kapal portugis … naik water cruize … than pekena asam pedas kat area sana. Dalam Jam 5 petang baru kami berangkat pulang ke KL dengan letihnya drive …anak2 semua pakat ZZZzzzz sepanjang perjalanan.

 

3H2M yang ringkas … cuti dari kesesakan dan merehatkan minda …apapun kalau A Famosa nak kekal lagi lama …resort ni kena cari tarikan baru dan menjaga segala kemudahan dengan baik kerana tanpa penjagaan resort ni makin kurang diminati… apa2pun selamat bercuti di A famosa Resort.