* Article in Bahasa Malaysia

Semasa dok jenguk2 article kat dalam FB ada terjumpa keratan pasal cara yang baik untuk mendidik anak Lelaki atau Perempuan …

didikan anak lelaki dan perempuan 

Memandangkan [Bb] ni memang suka mengetahui apa juga pandangan pasal didikan anak2 ni … so [Bb] simpan keratan ini. Ada juga kebenaran dari pelbagai sudut dengan apa yang disenaraikan. Walau [Bb] hanya ada Hero’ 3 orang … masih belum dianugerahkan Puteri’ …panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menjalankan tugas sebagai Ibubapa.

Tidak dinafikan sememangnya ada perbezaan malahan berbentuk kontra diantara didikan bagi anak lelaki dan anak perempuan kerana secara zahirnya sendiri betapa bezanya lelaki dan perempuan. Perkara ini mungkin nampak remeh namun sebenarnya kita perlu sedar …langkah2 sebegini lah yang dapat mengelak generasi kita terjebak dengan penyakit ‘kekeliruan jantina’ … kewujudan ‘penkid’ ‘tomboy’ ‘sotong’ dsb.

Didikan ini perlu dimulakan sejak dari kecil supaya anak-anak terbiasa dengan segala perbuatan yang dibuat. Hal ini demi menjamin masa depan anak yang cemerlang dan ceria. Untuk anak lelaki banyak perkara perlu dilatih supaya anak menjadi lebih rajin, bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Didikan tidak semestinya yang sukar, cukuplah sekadar yang ringan.

* Membasuh pakaian sendiri – melatih supaya diri bertanggungjawab kepada diri   dan memupuk sikap menjaga kebersihan.
* Menyapu di luar rumah – membentuk sikap menjaga kebersihan dan kepentingan menjaga segala harta benda diluar rumah.
* Menggosok pakaian sendiri – lebih menyayangi barangan serta belajar susun atur dalam kehidupan.
* Menyiram bunga -memupuk semangat cintakan alam sekitar serta menarik minat anak dalam ilmu pekebunan.
* Membasuh pinggan mangkuk – menjadi kebiasaan menjadi manusia yang bertanggungjawab terutama mengurus dengan baik kepada sesuatu yang bekas peninggalanya.
* Membasuh kereta juga – pendekatan permulaan memperkenalkan alat-alat teknologi, rekabentuk dan pengaliran air di permukaan sesuatu benda. Terdapat banyak ilmu kejuruteraan asas dapat dipupuk melalui membasuh kereta melibatkan tekanan udara, aliran air dan bahan api serta sumber elektrik.
* Mengemas rumah – Pendekatan ini dapat secara tidak langsung memupuk anak menjadi seorang yang bertangungjawab menjaga susun atur dan kebersihan sekitar rumah serta dapat melatih anak berfikiran kreatif terutama dalam penyesuaian warna, ruang dan tempat.

Kesimpulannya …sebagai ibubapa kita harus sedar bahawa didikan bagi anak2 ini harus dimulakan dari peringkat awal lagi dan biarlah ianya bersesuaian dengan peringkat umur mereka dan mengikut jantina mereka. Pohon yang kukuh adalah bergantung pada akarnya yang telah lama bertapak … namun ia boleh tumbang juga jika benih yang disemai dengan cara yang salah.