tablet 1malaysia 

‘1Malaysia Pad’ tablet pertama malaysia telah dilancarkan oleh syarikat MalTechPro Sdn Bhd dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam suatu majlis di ibu negara.

1Malaysia Pad yang menggunakan sistem operasi Android Gingerbread ini membawakan skrin sentuh seluas 7-inci, kamera 3.0-megapixel dibahagian belakang, kamera 0.3-megapixel dibahagian hadapan, bateri Li-Polymer sebesar 4000mAH, ruangan kad mikro-SD sehingga 32GB.

1Malaysia Pad turut dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger (1MM) – aplikasi seakan WhatsApp dan Blackberry Messenger di mana pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

Setelah pelbagai produk 1MALAYSIA diperkenalkan … produk terbaru ini sekali lagi membuktikan kita mampu  menghasilkan produk-produk yang mampu memberi saingan dengan produk luar. Rm999.00 itu lah harga yang diperkenalkan , namun pada pendapat [Bb] harga itu agak terlalu mahal jika dibandingkan dengan tablet buatan negara china yang lebih lama bertapak bahkan sistem aplikasi mereka setanding dengan Samsung galaksi tab. Harga produk-produk tablet negara China hanya sekitar RM400-RM800 sahaja, Adakah hanya kerana aplikasi ‘1Malaysia Messanger’ menjadikan harga nya dijual RM999.00 ? hanya pihak Mel Tech Pro yang dapat menjawab.

Walau apa pun harganya , kita patut berbangga dengan kemampuan syarikat tersebut dalam penghasilan ‘1Malaysia Pad’ … Pada yang gemar dengan Gadget’ terkini mungkin anda perlu memilikinya!