* Article in Bahasa Malaysia

Kecundang dan kena buli dengan China seperti telah dijangkakan, Apa sebenarnya misi BAM? apalah yang mampu dilakukan oleh Datuk Lee Chong Wei seorang diri …kena ingat kita perlukan wira baru.

Kecederaan yang dialami oleh Datuk Lee Chong Wei bukan lah perkara yang perlu difikirkan atau dihangatkan …tapi mana lagi jaguh-jaguh Badminton negara? apakah kita tidak lagi dapat melahirkan pemain badminton seperti 15 tahun yang lalu, semuanya seperti tidak dapat diterima akal.

Chong wei

 

Apa perancangan BAM dan bagaimana mereka berfungsi sebenarnya, atau ada agenda yang berlaku dipertubuhan ini …macam-macam persoalan timbul sejak sedekad lagi kerana tiada perubahan berlaku malahan peminat sukan badminton semakin muak dengan apa yang dialami sekarang.

Sudah masanya kita ada jaguh-jaguh baru … darren, misbun ramdan, zulfadli dan lain-lain pemain muda harus diketengahkan segera. Dan perlu merancang dan melaksanakan pelbagai strategi bagi melahirkan bakat baru. Lee chong Wei, hafis … mereka bukan makin muda.

Pasangan bergu juga amat mengecewakan …telah tiba masa kita membuat rancangan membentuk bergu-bergu bawa yang bergelar jaguh seperti 15 tahun dulu …lahirkan soon kit …razif …jalani baru jika kita mahu bersaing dengan negara-negara lain seperti China atau Indonesia yang telah membuktikan bahawa mereka lah jaguh Badminton Dunia.

Buka mata buka minda … jangan kerana agenda peribadi menghancurkan satu harapan peminat yang sentiasa memberi harapan agar kita mampu menjadi JAGUH BADMINTON DUNIA dimasa hadapan.