* Article in Bahasa Malaysia


Planet Zuhrah merupakan planet kedua dari matahari dengan saiz menyerupai bumi. Planet zuhrah dikenali sebagai Venus iaitu dewi kecantikan. Orang melayu dahulu memanggil planet zuhrah sebagai bintang kejora dan sering diungkap dalam madah cinta kerana keindahannya umpama bintang senja dan subuh.

Sebenarnya, planet zuhrah akan muncul dua kali sehari di langit bumi iaitu di sebelah timur ketika subuh dan di sebelah barat ketika senja. Planet zuhrah juga merupakan objek angkasa yang ketiga cerah di langit bumi selepas matahari dan bulan. Planet zuhrah akan kelihatan seperti bintang yang sangat cerah pada waktu senja dan ianya akan hilang dari pandangan semasa waktu isyak.

Fenomena yang luar biasa, transit zuhrah telah berlaku hari ini (6.6.2012) . Transit zuhrah berlaku apabila Planet zuhrah melintas di antara matahari dan bumi akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi hadapan permukaan matahari. Di Malaysia, keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.

planet zuhrah

Sentuhan pertama berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari. Sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya matahari.

planet venus

planet

Fenomena ini dijangka berlaku seterusnya  pada tahun 2117 iaitu 105 tahun yang akan datang.