* Article in Bahasa Malaysia

Jika memandu di lebuh raya kita dah biasa terserempak dengan kereta peronda berwarna Oren’ … itu JPJ . Sekarang wujud pula satu lagi pasukan peronda yang dikenali dengan nama SPAD  (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) .

Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) yang akan beroperasi sebagai kuasa tunggal mengawasi dan menguatkuasakan piawaian pengangkutan awam lebih cekap harus dilaksanakan dengan matlamat yang lebih jelas supaya ia tidak hilang taringnya serta terus menjadi sasaran kritikan masyarakat.

peronda spad

Transformasi memantapkan pengangkutan awam menerusi Spad akan lebih bermakna dengan menjadikan suruhanjaya itu sebagai sistem pemantau terhadap kualiti perkhidmatan bas dari segi sistem, prestasi, jadual perjalanan, disiplin pemandu sendiri. Semua hasil pemantauan itu dijadikan penanda aras untuk menambah baik sistem pengangkutan awam ke tahap yang sepatutnya.

spad malaysia

Semoga dengan wujudnya SPAD ini dapat mengatasi masalah pemandu-pemandu pengangkutan awam seperti bas express yang sering melanggar peraturan lalu litas yang mana sering mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya lain.

Syabas SPAD!