* Article in Bahasa Malaysia

DEMAM K-Pop tidak sahaja melanda penggemar muzik di negara ini malah di serata dunia. Kini, konsep muzik dan fesyen dari Korea diikuti peminat khususnya kumpulan remaja tanpa mengira kaum.

budaya kpop

Peminat mengatakan mereka kebanyakannya mengikuti di Youtube sahaja. Tetapi mengapa ia bagai menjadi fenomena besar? Apakah kesan fenomena ini kepada generasi muda kita ? Perlukah kita menghalang anak-anak kita dari terikut -ikut dengan budaya baru ini … mungkin ada cara terbaik yang boleh kita lakukan.

K-Pop bukan budaya baru tetapi adalah salah satu genre muzik yang dicetuskan dalam aktiviti seni dan kreativiti masyarakat Korea terutama generasi muda yang terdedah secara langsung dalam pertumbuhan ekonomi kreatif, lantas K-Pop dicipta dan dibina pasarannya oleh artis-artis K-Pop yang merupakan kumpulan anak-anak muda pragmatik, yang cuba mengembangkan perusahaan budaya ini dengan sokongan secara keseluruhan institusi masyarakat .

K-Pop adalah seni hiburan. Ada atau tidak unsur negatif adalah terserah kepada masyarakat untuk menguruskannya. Namun sebagai masyarakat yang tamaddun kita harus kembali kepada asas kehidupan kita … kepada generasi muda masa kini diharap mengambil fenomena K-pop ini sebagai panduan kepada mereka agar dapat mengembangkan budaya masyarakat kita sendiri … sebagaimana lahirnya fenomena K-pop ini .

kpop

Sikap bangsa Korea yang sangat praktikal dan pragmatik, dengan nilai-nilai keterbukaan dan kecekapan menjadikan mereka sebagai masyarakat pencipta atau masyarakat inovatif dan kreatif yang sangat luar biasa.