* Article in Bahasa Malaysia

Kerajaan telah membuat pegumuman bahawa pekerja sektor swasta hanya boleh bersara wajib setelah mencapai umur 60 tahun iaitu yang ditetapkan sebagai umur persaraan minimum apabila Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 berkuat kuasa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam ketika membacakan rang undang-undang buat pertama kali berkata, majikan juga tidak boleh membersarakan secara pramasa  pekerja yang belum mencapai umur persaraan minimum. Bagaimanapun katanya, seseorang pekerja itu boleh bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif tetapi jika itu pilihannya, kontrak yang ditandatangani sebelum ini terbatal.

Mengikut rang undang-undang yang digubal  pekerja yang dibersarakan secara pramasa boleh mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari dari tarikh persaraan. Langkah kerajaan meningkatkan umur persaraan wajib pekerja swasta dilihat perlu dikuatkuasakan memandangkan jangka hayat rakyat negara ini telah meningkat sehingga melebihi usia 70 tahun.

Faktor negara-negara di rantau Asia Tenggara lain juga telah ada yang menaikkan usia persaraan ini seperti Singapura iaitu 60 tahun juga dikatakan menjadikan negara harus melalui pembaharuan ini.

Tidak dinafikan faktor jangka usia penduduk alaf ini makin panjang, namun kerajaan harus peka dengan permasalahan sosial yang makin meruncing kerana tekanan kerja. Taraf kehidupan yang makin mencabar dengan kos kehidupan yang meningkat seharusnya kita juga harus ada langkah-langkah yang dapat mengimbangi kenaikan had bersara ini. Mungkin jangka masa waktu bekerja juga harus digubal, faktor usia juga akan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk bekerja.

kwsp

Isu pengeluaran penuh KWSP … walau belum diumumkankan namun idea untuk mengubah syarat pengeluaran penuh wang KWSP dari umur 55 tahun ke 60 tahun juga harus dikaji sepenuhnya sebelum perlaksanaan dibuat. Pada pekerja had umur pengeluaran 55 tahun itu pun sudah terlalu membebankan …maka had umur 60 tahun itu rasanya tidak rasional untuk dilaksanakan. Seharusnya dalam usia 55 tahun lah pekerja dapat mengunakan wang tersebut setelah selama 50 tahun bertungkus lumus bekerja. Apapun langkah yang dibuat oleh kerajaan haruslah dikaji sepenuhnya dan janganlah mengubah sesuatu kerana kepentingan atau atas agenda lain.

Pada [Bb] usia 55 tahun dah nak rehat dan dapat beramal dihujung hayat sementara hayat masih ada dan bukan mengejar kebendaan semata – mata.