* Article In Bahasa Malaysia

Memancing di tepi parit, tali air mahupun sawah adalah suatu aktiviti yang biasa bagi mereka yang pernah bergelar Budak Kampung’. Ikan haruan, Ikan keli mahupun ikan sepat semuanya sudah tentu jadi taruhan.

Ikan Puyu … satu lagi jenis ikan yang biasa diperolehi ketika melakukan aktiviti memancing di Kampung. Bagi [Bb] ikan puyu mempunyai keistimewaan tersendiri ketika kita cuba memancingnya. Dengan rasa takut pada sisik yang agak kasar dan duri pada siripnya yang pasti melukakan jari anda jika terkena.

Ikan Puyu   ikan puyu

Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan ‘tangkal’ bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau

Ikan puyu (Climbing Perch) atau nama saintifiknya Anabias Testudineus, turut dipanggil ikan betok oleh penduduk tempatan. Habitat ikan puyu biasanya di sawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Ikan puyu amat enak digoreng, dimasak lemak cili api atau masak sambal.

ikan puyu ikan puyu

Walauapapun [Bb] memang suka makan Ikan puyu kerana rasanya yang manis dan tidak hanyir seperti ikan haruan. Jika benar sekali pun mitos yang kita dengar semua itu telah wujud dari zaman nenek moyang kita lagi cuma jangan kerana mitos kita takut pula nak makan Ikan Puyu yang Sodap ni!