* Article in Bahasa Malaysia
* Source from PTPTN website

Adakah anda sekarang masih belajar atau merancang untuk melanjutkan pengajian? Sekarang anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan perbelanjaan hidup kerana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa sedia membantu dan berupaya untuk memastikan masa depan serta kejayaan anda terjamin.

Krisis PTPTN ini ramai yang sudah tahu sehingga wujud debat untuk mempertikaikan atau mempertahankan kewujudan PTPTN. Namun sejauh mana anda tahu APA itu PTPTN … Bagaimana ianya beroperasi … mari kita sama-sama meneliti fakta-fakta berikut.

ptptn

Sejak penubuhan PTPTN pada tahun 1997, PTPTN telah berjaya membantu ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan kewangan daripada kerajaan melalui PTPTN, segala masalah kewangan yang anda mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali.

Apa yang anda perlu tahu tentang PTPTN? Antaranya adalah :

ptptn

Pada tahun 2011 sahaja, PTPTN telah membantu seramai 227, 209 mahasiswa dan mahasiswi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap Menara Gading.

ptptn

Tahukah anda, jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dengan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Kelas Pertama, anda akan dikecualikan untuk membayar balik pinjaman PTPTN? Ini bererti bahawa segala pembiayaan pendidikan anda adalah PERCUMA!

ptptn

Apabila anda memohon pinjaman PTPTN, ia juga cukup untuk menampung sara hidup anda di IPT. Bermakna, anda tidak perlu lagi bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan sebagainya.

ptptn

Untuk makluman semua, pinjaman PTPTN hanya mengenakan kadar upah sebanyak 1% sahaja.

ptptn

Ini jelas terbukti bahawa dakwaan sesetengah pihak PTPTN hanya mampu kutip 10% sahaja adalah tidak benar.

ptptn

Kerajaan Malaysia juga memberi subsidi yuran pengajian kepada pelajar. Sebenarnya, yuran yang dibayar hanyalah 9.2% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya 90.8% dibiayai oleh kerajaan!

ptptn

Pendidikan Percuma yang dikatakan di Finland adalah melalui kadar cukai pendapatan yang tinggi. Mereka terpaksa membayar cukai sehingga 53%.

ptptn

Sebenarnya Turki juga tidak menawarkan pendidikan percuma sehingga tahap tertiari. Apa yang ditawarkan secara percuma di Turki hanyalah pendidikan sehingga gred 12. Oleh itu, sebelum kita mempertikaikan sesuatu harus lah kita faham apa yang sebenarnya disebalik PTPTN ini.

Bagi [Bb] sepatutnya kita bersyukur dengan kemudahan yang dinikmati oleh generasi sekarang, kita perlu ingat jika semua perkara FREE maka makin lemah la sesebuah masyarakat … ianya suatu realiti dan jika kita hendak maju seperti mana bangsa lain berusahalah ke arah itu dan bukannya hanya tahu untuk mempertikaikan sesuatu yang mana Anda sendiri tidak tahu faktanya.

*Sila kunjungi laman web rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/ untuk keterangan yang lebih lanjut.