* Article in Bahasa Malaysia

MRR2 merupakan laluan harian bagi [Bb] sama ada nak ke sekolah hantar anak-anak atau nak pergi makan sekitar Ampang, Gombak, Keramat, Wangsa maju … Dah lebih 10 tahun melihat pelbagai kemajuan dikawasan sekitarnya. Dari hutan sehinggalah wujudnya kawasan rumah kedai baru seperti mana di Taman Melati..

Kali ini [Bb] terpandang stesen minyak baru …dengan logo biru merah dan berjenama PETRON! whats that? Mula-mula ingatkan Petronas ubah penampilan baru … sebab nama hampir sama… tetapi sebelum ini esso yang mengunakan stesen tersebut.

petron   stesen petron

Rupanya setelah diselidik ianya milik stesen minyak baru …PETRON. Selepas mengambil-alih Exxon Mobil yang mengendalikan stesen minyak Esso di Malaysia kepada syarikat dari Filipina, kini ia dijenamakan semula sebagai Petron. Antara lokasi stesen minyak yang telah bertukar wajah berada di Lebuhraya KL-Seremban dan Melati Utama.

Berikut ada sedikit petikan berita yang [Bb] perolehi berkenaan dengan syarikat penjual minyak baru ini …

PETRON Corporation, syarikat minyak dan gas terbesar Filipina, bercadang untuk melebarkan operasinya dalam industri minyak dan gas Malaysia menerusi pelaburan dalam operasi hiliran ExxonMobil Malaysia yang diambilalih oleh syarikat induknya, San Miguel pada Ogos lalu.

Petron Corporation berkata, pihak pengurusannya secara umumnya sudah menyatakan persetujuan dengan rancangan pelaburan dalam operasi hiliran ExxonMobil Malaysia itu.
“Jawatankuasa Eksekutif Petron Corporation sudah meluluskan pelaburan syarikat dalam perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia, dengan jumlah dan peratusan perkongsian akan ditentukan kemudian,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Philippines Stock Exchange baru-baru ini.

petron  petron

Petron Corporation menjelaskan butiran lanjut mengenai pelaburannya dalam perniagaan hiliran itu akan diumumkan sedikit masa lagi. Difahamkan Lembaga Pengarah Petron belum membuat keputusan sama ada syarikat itu akan membeli sebahagian atau keseluruhan kepentingan San Miguel dalam ExxonMobil Malaysia. 

San Miguel mengambil alih 65 peratus pegangan ExxonMobil International Holdings Inc (ExxonMobil) dalam Esso Malaysia Bhd (EMB) tahun lalu dengan urus niaga bernilai AS$610 juta (RM1.82 bilion). 

Perniagaan ExxonMobil Malaysia meliputi penapisan, penghantaran dan pemasaran produk pet-roleum. Ia mengeluarkan 88,000 tong minyak sehari di loji penapisan minyaknya di Port Dickson, Negeri Sembilan dan mempunyai tujuh terminal pengedaran dan 560 stesen minyak.

Mungkin kurang publisiti atau tiada kempen sama ada dalam media cetak …media elektronik ramai pengguna tidak tahu tentang kelahiran jenama PETRON ini. [Bb] belum berkesempatan lagi untuk mengunakan minyak jenama PETRON ini walaupun kedengaran dari penguna lain ianya sama sahaja dengan minyak Esso … lagipun [Bb] ni penguna tegar …si sput! ahakssss.