* Article in Bahasa Malaysia

Para Pelajar kemungkinan Dibenarkan membawa telefon Bimbit dan gadget IT seperti Ipad ‘ atau Tab’ Ke Sekolah Pada Sesi persekolahan Tahun Depan (2013). Usul tersebut adalah antara perkara yang terkandung dalam didalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir perbincangan, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.┬áPeraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen.

Jika ini berlaku bermakna perlbagai persediaan harus diambil oleh pihak sekolah mahupun Ibubapa demi menjayakan agenda tersebut. [Bb] pasti pelbagai permasalahan akan timbul akibat dari perlaksanaan peraturan baru ini. Sudah tentu ada kebaikan dan keburukannya setelah kebenaran ini dilaksanakan.

Berikut sedikit petikan ucapan dari DATUK DR WEE KA SIONG (TIMBALAN MENTERI PELAJARAN)

“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.

kementerian pelajaran

Kebenaran tersebut  mengambil kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah. Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya. [Bb] tidak nafikan rasionalnya peraturan baru ini kerana kita harus mengikut arus kemajuan dan ianya telah lama wujud di negara maju lain seperti Jepun, namun implikasinya harus dititik beratkan.

Soal waktu pengunaan, pemantauan guru serta penjagaan telefon @ gadget itu haruslah diteliti. Harga barang-barang tersebut bukanlah murah dan gejala anak-anak kehilangan telefon@gadget pasti akan berlaku. Oleh itu kepada anak-anak walaupun kebenaran peraturan baru ini berlaku, janganlah kita hanya memikir dari segi keseronokan sahaja namun anda semua perlu lebih berdisplin dalam menjaga
harta benda sendiri.

[Bb] sendiri telah mengalami pengalaman dimana anak [Bb] membawa telefon bimbitnya ke sekolah, namun apa yang berlaku ianya telah dicuri oleh pelajar yang lebih senior. Tiada apa yang boleh dilakukan, semasa berjumpa Pengetua sudah tentu Ibubapa disalahkan kerana itu semua bukan tanggungjawab mereka dan malahan menjadi satu kesalahan. Walaupun hakikatnya kita berbuat begitu untuk memudahkan kita dalam urusan harian namun apa yang berlaku sebaliknya dan kita mengalami kerugian.

Oleh itu apa yang penting kita semua harus bersedia implikasi yang akan berlaku jika peraturan baru ini dilaksanakan dan berharap pihak sekolah serta kementerian pelajaran telah mempunyai pelbagai persediaan bagi melaluinya.

Apa kata anda …..

About these ads