* Article In Bahasa Malaysia

Standard  Application Performance System (SAPS) telah  diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga Kementerian Pelajaran Malaysia (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah selaras dengan dasar pendidikan 2020.

Dengan kemudahan akses sistem ini, memudahkan para ibu bapa mendapatkan maklumat tentang markah peperiksaan anak mereka secara online. Pasti canggih dan hebat, ianya membolehkan ibu bapa mengakses markah peperiksaan anak-anak tanpa perlu menunggu buku adap’ yang selama ini digunakan. Anak-anak tidak lagi dapat menipu ataupun mengubah keputusan tersebut. Segala butiran peperiksaan yang terkini  akan dipamerkan dan ibubapa boleh mencetak terus lapuran untuk rujukan.

Sekarang tiada lagi rahsia, baik kakak, abang pun boleh semak keputusan adik-adik mereka secara pantas asalkan tahu maklumat kad pengenalan atau no surat beranak. Dengan adanya system baru ini pihak sekolah tidak perlu lagi menyediakan lapuran disaat akhir pada ‘Hari bertemu ibubapa’ . Walaubagaimanapun bagi [Bb] sistem baru ini harus dipantau dari segi faktor keselamatan, pengunaan dan keberkesanannya dalam membantu semua pihak termasuk pelajar, ibubapa, guru serta pihak sekolah.

Sememangnya ianya masih diperingkat awal namun jika dapat disediakan ruangan bagi interaksi atau perbincangan antara ibubapa, guru serta pihak sekolah pasti akan dapat memaksimakan pengunaannya. Apa yang [Bb] maksudkan jika sistem tersebut ada diselitkan pengunaan social media seperti mana facebook’ sudah tentu hubungan atau komunikasi antara Pihak Sekolah dan ibubapa akan lebih berkesan.

Pada masa ini bagi Sekolah Rendah sistem hanya menyediakan semakan untuk pelajar dari darjah 3 dan ke atas sahaja, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi pelajar Peralihan, Tingkatan 2 dan ke atas sahaja kerana sistem ini masih diperingkat permulaan.

Bagaimana Anda boleh mengakses sistem online’ tersebut? Ikut langkah-langkah berikut :

1. Lawati  halaman sesawang (website) SAPS – http://saps.moe.gov.my.    Kemudian, tekan (click) pada bahagian ‘Semakan Ibu Bapa’ .

Standard application

2. Masukkan No Sijil Lahir / No K/P Pelajar (TANPA “-” atau “SPACE”) dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, tekan (click) perkataan Semak.

standard application

3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no telefon, no k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, tekan (click) Papar Slip.

standard application

Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara menekan (click) perkataan ‘Papar Analisa’ gambarajah dibawah adalah contoh paparan analisa keputusan peperiksaan pelajar.

 

Standard application

Jika dilihat dari segi perlaksanaan sistem ini memang banyak kepentingannya. Anak-anak pada zaman kini harus bersedia dengan segala kemudahan teknologi baru yang semakin memudahkan segala urusan harian. Jadi bagi ibubapa anda juga harus bergerak seiring dengan pembangunan teknologi yang bergerak pantas sekarang supaya tidak ketinggalan.