* Article in Bahasa Malaysia 

Reader ‘s Digest telah membuat kajian tentang kesantunan ( “courtesy” ) di kota-kota utama di dunia, Kuala Lumpur terletak diranking tercorot yang ke 34 dari 36 kota yang paling tidak bersopan mendahului Bucharest dan Mumbai. Terkejut juga [Bb] dengan fakta terbaru ini, namun sejauh manakah kebenarannya atau pihak mereka telah menilai dari sudut yang salah. Jika benar nilai-nilai kesantunan dan budi bahasa semakin terhakis maka program Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang terpaksa menghabiskan jutaan ringgit menganjurkan kempen Budi Bahasa adalah suatu kegagalan.
Kempen yang mengajar bagaimana untuk memberi senyuman, bagaimana untuk menyatakan ‘Terima Kasih’, bagaimana menghormati warga emas dengan memberi ruang duduk di dalam LRT, bagaimana memimpin tangan warga emas melintas jalan, bagaimana untuk menjawab telifon malah pendeknya keseluruhan kempen untuk menghapus sikap-sikap ‘kurang ajar’, ‘biadap’ dan pentingkan diri sendiri. Perkara-perkara asas yang sepatutnya tersemai di dalam kehidupan sejak lahir terpaksa dilatih semula.

[Bb] masih ingat mata pelajaran SIVIK yang dipelajari dizaman persekolahan dahulu … wujudnya dapat sedikit sebanyak membentuk sahsiah dan kesopanan pada setiap pelajar. Tetapi dengan kemajuan pada zaman sekarang mungkin kita harus ada cara baru bagi membentuk semula generasi yang lebih bertata susila.

Masyarakat kita juga menghadapi dilemma yang sama seperti masyarakat Inggeris kesan akibat kebanjiran kaum pendatang. Hidup seharian kita sentiasa di dalam kebimbangan dan curiga tentang keselamatan diri dan keluarga apabila hidup di kelilingi pendatang-pendatang asing yang kasar dan pengotor sehingga kadangkala dengan mengambil pendekatan sombong adalah lebih baik untuk tidak memberi muka kepada mereka. Malangnya sikap sombong ini terbawa-bawa sehingga dalam kehidupan seharian.

Apa pun kempen sopan santun tidak harus terhad kepada rakyat sahaja. Yang lebih utama ialah sopan santun wakil-wakil rakyat di dalam persidangan Parlimen. Terpekik terlolong seperti yang disiarkan di dalam siaran TV bukanlah contoh yang baik seorang pemimpin yang dipilih rakyat. Wakil BN Kinabatangan, Bung Mokhtar(suami kepada actress jelita Zizi Ezzete), Wakil PAS Mahfuz Omar, Wakil PKR Azmin Ali, Wakil DAP Karpal Singh, wakil DAP Betty Chew (slogan ShameOn You) adalah contoh-contoh wakil rakyat yang bukan setakat tidak santun malah biadap.

[Bb] cukup mengkagumi personaliti wakil DAP Kepong Dr Tan Seng Giaw yang konsisten berdebat di dalam Dewan Rakyat dengan penuh santun dan bahasa yang tersusun dijalin indah malah diiringi pekerti yang mulia. Beliau seharusnya dilantik menjadi ‘Duta Santun’ oleh kemeterian Rais Yatim. Pandangan ini bukanlah berdasarkan fahaman politik namun ianya suatu fakta dan contoh yang mana sebenarnya kita masih mampu melahirkan generasi yang lebih bersopan santun serta mempunyai sikap tatasusila yang baik dalam masyarakat.