* Article in Bahasa Malaysia

Apabila bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyarankan pihak polis mengkaji semula statistik jenayah semasa agar dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan negara ini terdapat berbagai reaksi dari beberapa pihak. Tidak kurang yang memidas pandangan beliau.

Bagi [Bb] amat bersetuju  dengan kenyataan Tan Sri Musa Hasan itu supaya data-data statistik dan realiti kejadian harian haruslah seimbang. Statistik menunjukkan kadar jenayah menurun tetapi hampir sertiap hari berlaku kejadian jenayah yang dipaparkan di media-media cetak dan elektronik, oleh itu dimanakah benarnya statistik tersebut. Dari jenayah peragut sehinggalah rampasan dadah yang bernilai jutaan ringgit berlaku hampir setiap bulan.

Media-media perdana mendedahkan hampir setiap hari tangkapan-tangkapan GRO asing, awang hitam, rompakan, pembunuhan, rogol, culik dan macam-macam lagi. Mana mungkin rakyat percaya kepada statistik manakala di hadapan mereka dipaparkan kejadian-kejadian jenayah yang menggerikan.

Malahan rumah [Bb] baru-baru ini telah dipecah masuk dan kehilangan pelbagai barang berharga. Walau duduk didalam kawasan ‘Guarded house’ pun masih belum tentu selamat …jadi apakah benar statistik bahawa index jenayah telah menurun seperti di war -warkan … rasanya tidak.

Tan Sri Musa sebagai seorang yang berwibawa dan berpengalaman tentang keselamatan negara tidak harus dipersalahkan kerana beliau juga turut bimbang dengan persepsi rakyat. Dalam hal keselamatan rakyat tidak peduli akan data dan statistic, apa yang mereka yakin dan percaya ialah apa yang berlaku dihadapan mata mereka.

Data dan statistik bukannya angka petunjuk untuk menyenangi hati rakyat atau meletak mereka dalam ‘feel good factor’ atau menggunakan factor ini untuk memenangi pilihanraya.

[Bb] ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Musa Hasan di atas kesedaran dan peringatan beliau.