* Article In Bahasa Malaysia

kereta anda

29,338 orang bankrap disebabkan hutang pinjaman kereta, merupakan penyumbang utama berlakunya kes muflis di Malaysia. Itulah kenyataan di Parlimen yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, statistik tersebut agak mengejutkan dan membimbangkan.

Punca-punca individu di Malaysia muflis seterusya disebabkan oleh:

Hutang peribadi – 15,299
Hutang rumah – 14,327
Hutang bisnes – 14,327
Hutang korporat – 6,127
Manakala bankrap sebab kad kredit cuma sebanyak 5,735 kes.
Hutang cukai pendapatan (1,112), hutang pendidikan (196)  dan lain-lain (24,975)

Mengulas pada apa yang dibentangkan ini [Bb] tertarik untuk mengenal pasti kebenaran atas fakta yang berlaku ini. Mungkin ada kebenarannya kerana pada zaman sekarang anak-anak muda di pusat pengajian tinggi awam ataupun swasta majoritinya telah memiliki kereta. Suasana ini jauh berbeza jika dilihat pada awal 90 an atau 80 an.

Penghapusan atau pengurangan duti import kereta, akan mengurangkan harga kereta. Tetapi Bank juga menyebabkan permintaan terhadap kereta mahal itu tinggi, disebabkan oleh pinjaman terlalu dipermudahkan. Mana tidaknya, boleh pinjam sehingga 9 tahun untuk beli kereta.

Rakyat malaysia pula ada yang menganggap pinjaman bank itu lebih nikmat daripada suatu keperluan. Kalau hidup 60 tahun, maksudnya lebih 20% daripada usia dewasa adalah digunakan untuk menjadi hamba bank.

Dasar automotif yang kononnya untuk menyelamatkan industri Automotif negara, sebenarnya lebih mengkayakan bank-bank tak kira luar atau bank tempatan. [Bb] anggarkan jikalau kereta RM 60k … pada kadar interest’ 6% selama 9 tahun … bayaran baliknya adalah 77,796.72 … maka pihak bank untung 17796.72 (sebulan 164.78 disumbangkan kepada bank)

Jika kereta yang sama, telah diturunkan harga 15% disebabkan pengurangan cukai … Harganya akan menjadi  RM 51k … kalau pinjam 9 tahun dengan kadar interest’ yang sama maka bayaran baliknya adalah 66127.32. Bank tetap untung RM 15,127.32 (sumbangan bulanan kepada bank adalah 140.06)

Akan tetapi, ia membolehkan pembeli kereta tidak perlu meminjam sehingga 9 tahun, cukup sekadar 7  tahun pada kadar bayaran bulanan sedikit lebih mahal. 2 tahun lebih awal melangsai hutang daripada menjadi hamba bank. Apabila hutang dilangsai lebih  awal … pinjam 51k … kadar interest’ 6%  …84 bulan…  maka jumlah bayaran balik adalah 62583.36 … Bank masih untung RM 11,583.36   (sumbangan bulanan ke bank adalah RM 137.89) Terdapat perbezaan ketara, 17,796.72 dengan 11,583.36 iaitu 6213.36 . Walaupun harga kereta turun 9k, anda hanya jimat 6213 sahaja.

Tetapi, kalau harga kereta turun 9k, tetapi tetap ambil pinjaman 9 tahun, anda hanya jimat 2669 sahaja. Jika dilihat sebenarnya apa yang menjadi masalah adalah  pinjaman 9 tahun. Oleh itu … penghapusan/pengurangan cukai kereta, sebenarnya tidak memberi impak sangat kepada hutang kereta rakyat Malaysia, melainkan pinjaman 9 tahun dihapuskan, kepada maksimum 5 atau 7 tahun.

Oleh itu sebagai penguna yang bijak anda tentu lebih arif dan tahu apa yang diperlukan. Jangan hanya menilai bulanan yang murah tanpa berfikir apa sebenarnya yang berlaku dalam masa panjang. Jadilah penguna yang bijak!