* Article in Bahasa Malaysia

perapan ayam

Pelbagai cara perapan ayam sebenarnya boleh kita temui dalam masakan sama ada masakan tempatan atau luar negara. [Bb] lebih gemar hasil gabungan rempah kedua-duanya dan tambahan pula ayam tersebut dikukus dahulu.

Ini ada satu resepi yang boleh kita guna pakai dalam menghasilkan Ayam berempah perapan timur dan barat. Kalau ada masa boleh la anda mencuba …kesedapanya terpulang pada selera masing-masing.

Pernyediaannya seperti berikut :

10 ketul Ayam (Anggaran untuk sukatan rempah dibawah)
seulas bawang besar (kuning@bawang cina)
3 ulas Bawang putih
Halia 1 inci
Beberapa titis Sos Tiram Cair
2 sudu besar Sos lada hitam
1 pati kiub ayam (mana-mana jenama@nak sedap knor)
2 sudu madu / gula merah(Kalau takde gula Melaka pun boleh)
1 sudu besar serbuk cili kering (paprika pun lagi best)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 batang serai
* Serbuk kasar black paper
* garam secukup rasa

Cara-cara

Kisar semua bahan dan perapkan ayam sekurang-kurangnya 30minit atau lebih (Paling bagus diperap dalam foil paper satu malam supaya rempah dapat meyerap dalam ayam)

Selesai dan siap sedia untuk dipanggang atau digoreng ( kalau goreng dengan api yang kecil dan memang ambil masa lama untuk masak)

* Kalau nak rasa kelainan boleh la goreng dengan daun kari dan lada kering untuk menambah kepedasan.