* Article In Bahasa Malaysia

Syawal baru menjelma …selesai kita semua menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2012, Anda seronok beraya? puas bercuti … puas berbelanja … anak-anak banyak ke dapat duit raya tahun ni ?

Dalam masyarakat kita selaluya selepas Aidilfitri … akan datang pelbagai masalah. Bukan lah [Bb] gambarkan Aidilfitri tu negatif atau tidak baik, Cuma ketaksuban kita beraya yang buatkan 1 Syawal tercemar. Sepatutnya Aidilfitri untuk raikan kemenangan selepas berjuang semasa Ramadhan dan sentiasa bersederhana. Tapi, kalau yang tak menang pun meraikan beriya-iya, hmmm … lu fikir la sendiri. Mari kita lihat apa masalah yang selalu memeningkan  kita selepas selesainya Aidilfitri secara puratanya memang ramai antara kita akan terpaksa alami.

Masalah kewangan
Minggu kedua syawal, terpampang di dada akhbar tentang laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) tentang peningkatan permintaan untuk sesi kaunseling kewangan selepas Syawal. Akhbar turut melaporkan tentang permintaan pinjaman yang meningkat di pusat pinjaman ‘berlesen’ dan bank. Dan pinjaman ini semuanya ‘berbunga-bunga’.

Beli apa banyak sangat untuk raya sampai kena berhutang tu? Dan lagi, bunga dalam pinjaman tu bukan bunga mawar yang mekar wangi atau bunga raya yang patriotik tu. Tapi bunga yang boleh buat orang jadi gila.

Sengsara dengan masalah kewangan dah satu hal. Kemudian tertekan dengan peminta hutang pula.  Maka sengsaralah sekarang kerana tidak berwang, sengsara masa hadapan sebab berhutang.

Jadi harus bagaimana? Berayalah seadanya. Tak salah nak berbaju baru sedondon satu warna seluruh keluarga. Tapi sepasang dua sudahlah. Tak perlu lah dengan langsir dan alas meja pun mahu sedondon. Tak perlu juga sampai 7 pasang baju raya seorang. Begitu juga dengan makanan dan segala macam kuih muih. Kata kuncinya, berpada-pada. Beli dengan iman, guna akal dan ukur-ukur duit sendiri.

Masalah kemalangan

Tak berapa berani nak tulis bab ini sebab [Bb] sendiri pun pernah kemalangan dan masih tak lupa sampai sekarang. Tapi musim perayaan memang sangat sinonim dengan kemalangan. Jumlah kenderaan meningkat di lebuh raya. Ramai yang tak mahu patuh dengan undang-undang lalu lintas. Ramai juga yang memandu dengan emosional. Tak terkira yang memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Tapi masih terus mahu memandu.

Macam-macam jenis kemalangan yang [Bb] saksikan sepanjang bercuti di hari lembaran. Pelbagai kejadian kemalangan dipaparkan di media – media cetak atau elektronik, Ada yang terperosok di bawah lori … Ada yang terbabas ke parit … Ada juga yang melanggar tiang lampu jalan ( hehehe ini [Bb] yang alami

Hati-hatilah memandu. Jangan lupa baca bismillah dan doa yang sepatutnya. Kalaupun Allah takdirkan ‘ter’kemalangan, jangan sampai ada nyawa melayang kerana kecuaian kita.

Masalah berat badan
Masa bulan puasa@ramadhan … berjaya turun 6 kg. Tapi bila raya, naik pula  9 kg. Aduhai nasib badan nak buat macam mana? Dari pagi raya je dah mula melahap  rendang-ketupat-lemang dan segala macam hidangan khas raya. Asal kita pergi je melawat rumah sedara mara@kaum keluarga …jawapannya MAKAN dan MAKAN …pulak tu kebanyakannya masakan berlemak ditambah dengan minuman bergula …pergh mau tak naik 9 Kg.

Jadi sekarang kena mula misi ‘diet’ untuk kembali ke bentuk asal … harap-harap berjaya la hendaknya. Pada yang takut sangat berat badan naik tu jangan pulak terlalu nak ber ‘diet … jangan pulak memudaratkan kesihatan ( ditujukan khas untuk kaum ibu-ibu hehehe) .

Masalah Rumah Kena pecah
Setiap kali menjelang perayaan kita semua pasti akan bercuti lama dan pulang ke kampung halaman. Bila kita semua meninggalkan kediaman …masa inilah segala bapak penyamun keluar mencari sumber rezeki HARAM mereka. So semoga kejadian ini tidak berlaku pada anda … [Bb] dah alami sebelum puasa lagi …kira penyamun tu lebih advanced’ dia buat sebelum cuti …ishhh apa nak buat dan nak kena kat kita sabar je la.

Walauapa pun yang anda lalui selepas selesai menyambut Aidilfitri …lalui lah ia dengan tabah dan moga kita semua akan beringat … dan hidup dalam kesederhanaan . Bak kata orang tua membazir itu amalan SYAITONNN.