Pada dewasa ini ada ibu bapa berada dalam dilema sama ada wajar atau tidak menghantar anak mereka ke asrama terutamanya SBP, MRSM, SMKA dan lain2 lagi sekolah yang berprestasi tinggi. Selepas peperiksaan UPSR ..mahupun PMR fenomena ini pasti melanda ibubapa dalam merencana masa depan anak-anak.

asrama

Semua ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka mendapat yang terbaik, terutama dari sisi pelajaran. Kita sedar ilmu itulah yang akan memandu pemiliknya mengemudi kehidupan berbanding harta yang hanya menagih penjagaan. Ilmu juga mampu mendatangkan harta. Ilmu itu sendiri harta yang tidak mungkin di curi kerana tersimpan di tempat yang paling selamat, iaitu di dalam dada. Oleh itu jika menginginkan dunia mahu pun isinya mestilah berilmu, jika menginginkan akhirat juga mestilah berilmu. Jika menginginkan kedua-duanya juga pastilah dengan ilmu.

Mungkin ada ibu bapa yang was-was untuk menghantar anak ke asrama sedangkan anak itu sendiri mahu sedemikian. Terdapat juga ibu bapa yang beria-ia mahu anak ke asrama sedangkan anak keras menolak. Maka wujud pertentangan kehendak atau keinginan.

Ramai ibu bapa bertanggapan bahawa anak2 yang dihantar ke asrama dapat melahirkan anak yang bertanggungjawab, berdikari dan boleh survival tanpa bergantung sepenuhnya lagi kepada ibu bapa di samping dapat menyediakan kemudahan belajar yang kondusif kepada anak2 mereka.

Pada masa ini di media massa kes2 disiplin melibatkan pelajar sekolah2 berasrama penuh & sekolah agama. Terfikir di benak kita mengapa pelajar yang dikurniakan akal yang cerdik dan belajar di sekolah yang mempunyai persekitaran yang baik boleh terjebak dengan masalah perilaku sepertimana pelajar2 di sekolah2 harian biasa?

Semua faktor ini menyebabkan ibu bapa mula gusar untuk menghantar anak mereka ke asrama kerana bimbang anak mereka tidak kuat untuk menahan diri dari anasir-anasir negatif tersebut tetapi dalam masa yang sama sayang untuk melepaskan peluang keemasan yang terbentang di depan mata di mana berpuluh-puluh ribu pelajar berebut2 untuk mendapatkan tempat di asrama tetapi gagal mendapatkan tempat, tetapi anak kita berjaya mendapat tempat tetapi kita yang menolak peluang tersebut disebabkan unsur2 ini?

asrama

Sesetengah ibubapa mungkin merasa wajar untuk mereka tetapi mungkin juga tidak. Ada yang berpendapat anak diusia 13 tahun masih memerlukan pemantauan rapi, masih terlalu muda untuk hidup berdikari dan tidak begitu yakin untuk melepaskan mereka. Namun secara realitinya bagi [Bb] belajar diasrama ini ada kebaikannya dan juga keburukan yang akan timbul jika anak-anak kita tidak dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan di asrama.

Di asrama anak akan banyak bergaul dengan kawan-kawan. Terpulang kepada anak untuk memilih rakan kerana pengaruh kawan amat besar impaknya.

Sebelum menghantar anak ke asrama, kenalah tahu anak kita itu jenis yang macam mana.Jika mudah dikawal serta senang mendengar kata tidak ada masalah.Tetapi kalau anak yang ditegur sikit pun tak boleh, macam mana kita hendak lepaskan dia ke asrama.

Namun sebaik sahaja mereka tingal di asrama, ada yang berpendapat ibu bapa tidak perlu campur tangan dalam pengurusan sekolah, melainkan kalau ia melibatkan perkara yang serius. Tapi,pada masa yang sama kena juga ambil tahu perkembangan anak.Tujuan kita menghantar anak ke asrama adalah membentuk diri dan sahsiah anak.Jika sekiranya perkara kecil pun ibu bapa hendak masuk campur dan bela anak,anak akan besar kepala sekali gus mencetuskan masalah disiplin.

buli sekolah

Yang pentingnya kesediaan anak itu. Jangan memaksa anak sebab kalau dia pergi dalam keadaan terpaksa, nanti anak akan memberontak dan buat hal di asrama pula.

Huraian diatas adalah pandangan [Bb] tentang pro dan kontra menghantar anak ke asrama secara pandangan terbuka. Terpulang kepada ibu bapa yang punya anak cemerlang, mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anak2 mereka. Mungkin pandangan saya ini tidak sepertimana pandangan orang lain kerana adalah tidak adil untuk menganggap orang lain pun berpendapat sama seperti kita. Namun apa yang penting coretan ini dapat memberi suatu pengajaran kerana ianya melibatkan masa depan generasi kita.

Secara ringkasnya perkara yang penting sebelum menghantar anak-anak ke sekolah asrama kita harus fikir niat kita, kerelaan anak-anak untuk ke asrama (perbincangan harus dari hati ke hati), pemantauan dari setiap sudut dan berterusan dan akhir sekali kita tawakkal moga anak-anak kita dilindungi serta diberkati … insya allah.