Pasti ramai tertanya-tanya apakah Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diperkatakan dimedia-media cetak mahupun elektronik. MY3L adalah karnival yang akan diadakan bagi merasmikan program terbaru Kementerian Pelajaran Tinggi yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dikalangan rakyat Malaysia tidak mengira umur ataupun peringkat pelajaran formal mereka.

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat ataupun dalam bahasa inggerisnya MY LIFE LONG LEARNING @ MY3L ini ialah program untuk rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas yang minat untuk mempelajari soft skills atau kemahiran seperti pertukangan, memasak, pembaikian komputer, asas AUTOCAD ataupun kerja pendawaian elektrik dan sebagainya . Dengan adanya program ini secara tidak langsung membolehkan masyarakat  meneruskan pelajaran yang berkait rapat dengan kemahiran atau skill tertentu agar dapat digunakan dalam kehidupan harian serta mampu mengubah taraf hidup dan akademik mereka.

Apa yang menariknya pada program ini adalah bayarann yang dikenakan kepada peserta untuk menghadiri program kursus pendek yang ditawarkan. Bagi semua kursus pendek yang ditawarkan di kolej-kolej komuniti SELURUH NEGARA hanya dikenakan bayaran serendah RM 5. Anda bayangkan bagamana anda dapat belajar  cara memulakan blog, website,  asas Flash , asas Autocad dan asas Microsoft Office hanya dikenakan bayaran bawah RM20 sedangkan realiti nya untuk semua itu anda perlu membayar ratusan ringgit … malahan sehingga ribuan ringgit.

Kini anda tiada lagi alasan untuk tidak mahu mempelajari kemahiran tersebut setiap bulan. Kalau boleh merokok sekotak seminggu takkan tak boleh hendak pelajari skills baru di kolej-kolej komuniti terdekat terutama generasi muda yang mempunyai masa lapang yang banyak.

Berikut adalah  antara contoh kursus-kurus jangka pendek yang boleh anda hadiri sekarang. Untuk senarai lengkap anda boleh melawat laman web Jabatan Pengajian Kolej Komuniti disini > http://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/program-ditawarkan/kursus-psh-mengikut-bulan.html

Jika anda berminat mengetahui lebih banyak lagi tentang program-program yang ditawarkan di bawah Pengajian Sepanjang Hayat @ My Live Long Learning @ MY3L ini sila lawati laman Facebook My3L berikut > Facebook.com/mylifelonglearning

Jika anda ada kelapangan  dan ingin bertanya secara terus kepada pihak yang berkenaan silalah ke Karnival My Life Long Learning yang diadakan di pada 22hb – 23hb September 2012 ini di Pusat Dagangan Dunia Putera Kuala Lumpur.

Tunggu apa lagi? Jika anda mahukan kemahiran yang berguna dengan cara yang betul, mudah, pantas dan murah jangan sia-siakan …