Bagi setiap penggemar telefon canggih atau lebih dikenali ‘Smartphone ‘ anda sudah pasti tahu tentang pertarungan epik antara samsung dan apple. Walaupun samsung kalah kepada apple di US tapi itu tidak menjamin bahawa samsung akan jadi muflis atau perniagaan mereka lingkup kerana dari segi kuasa perniagaan samsung lebih memiliki pelbagai variasi produk.

Dulu susah jugak telefon pintar @ smartphones lain hendak bersaing dengan Apple tapi sekarang ader persaingan sengit dari samsung. Ini bermula sejak mereka mengeluarkan produk ‘smartphone’ galaxy series.

Jika dilihat apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah perubahan minat berlaku dari skrin kecil kepada yang lebih besar.Ini terbukti bila  ‘Iphones 5 pun terpaksa membesarkan skrin dengan lebar kerana keperluan dan kehendak pelangan.

Apa yang menarik dalam pelbagai forum masih ramai yang bertelagah antara jenama yang terbaik. Mereka bertelagah kerana terlalu taksub dengan jenama agung mereka ‘Apple’ atau ‘Samsung’.  Hardcore fans apple produk sudah pasti taksub pada iphone5 dan Samsung pula pasti dengan galaxy series dan terbaru seriea ‘note’ mereka yang mana mengunakan android terbaru .

Bagi [Bb] pakai apa yang diperlukan… Kalau nak ikut teknologi…memang tak terkejar..duit pun tak sempat duduk lama dalam poket. Perlu ader batasan dalam ketaksuban kerana teknologi terlalu pantas berubah. Anda lihat sahaja Samsung note kira baru jugak now dah ader note 2. Iphone4s pun belum berapa lama release dah ader iphone5. Now..ader rumors mengatakan samsung galaxy s4 pulak akan keluar tahun depan…2013

Pening kepala kalau nak tukar-tukar gadget ni tiap-tiap tahun … rasanya guna 3310 pun lagi bagus …hehehhe . Moralnyer..beli apabila perlu..pilih yang memenuhi keperluan and guna sebaiknyer. Pedulikan jika esoknyer ader siri terbaru keluar dipasaran. Beli yg baru hanya bila yang lama sudah terlalu antik dipakai atau jika uzur/ rosak …kerana anda sudah tentu penguna yang bijak.

Dalam hal ini nasihat yang mengatakan beli mengikut keperluan bukan kehendak adalah benar. Jangan menjadi mangsa strategi pemasaran yang menyebabkan kita merasa semua benda dijual diluar sana adalah “mesti dimiliki”. Jadilah penguna yang bijak … I luv note! ahakssss.