faedah

 

Semasa membeli kenderaan selalunya kita tidak membuat persiapan yang sepatutnya. Adakah kita membuat setiap pengiraan faedah atau jumlah pinjaman? Kita selalunya hanya melihat atau membuat tinjauan pada kenderaan sahaja.

[Bb] tertarik dengan maklumat yang diberikan oleh BNM di atas kerana ianya dapat membantu kita sebagai penguna untuk membuat kiraan sebelum kita membelinya.

Sebenarnya pengiraan tersebut tidaklah susah. Secara kasarnya pengiraan pinjaman kereta adalah seperti berikut  :-

Jumlah Pinjaman X Kadar Bunga X Jumlah Tahun = Jumlah Faedah Yang Dikenakan.

Jumlah Pinjaman + Jumlah Faedah Yang Dikenakan = Jumlah Pembayaran.

Jumlah Pembayaran / Berapa Bulan = Jumlah Ansuran Bulanan

Mudahkan bukan … Jika anda kurang pasti bolehlah merujuk kepada bank-bank pembiayaan kenderan yang anda pilih. Pengiraan juga ada disediakan di halaman website bank-bank tersebut untuk memudahkan anda. Apa yang penting … apa jua anda pilih pastikan anda telah membuat persediaan.