Proton

Proton Preve dimalukan oleh pembeli ? Kejadian yang berlaku di cawangan Proton Sg besi heboh diperkatakan dimedia internet. Apa sudah jadi sebenarnya … adakah ianya benar-benar berlaku pada penguna tersebut atau ada unsur sabotaj kepada Proton oleh pihak-pihak tertentu.

Sebenarnya permasalahan ‘Kualiti’ kereta Proton ini sering kali dipertikaikan. Bukan sahaja Model Baru …malahan model-model keluaran sebelum ini. [Bb] agak pelik kerana telah banyak masalah yang telah disuarakan oleh penguna namun perkara ini tetap berlaku. Semasa pelancaran ‘Preve’ pihak Proton dengan beraninya mengatakan ini lah keluaran yang terbaik mereka dari segi kualiti dan kepuasan penguna. Kenapa Proton masih lagi tidak menitikberatkan soal ‘Quality Control’ mereka sehingga perbagai masalah timbul.

Mungkin apa yang berlaku ini hanya 1 dalam 10 kes namun ianya telah memberi impak buruk kepada imej proton itu sendiri. Rakan [Bb] pernah membeli kenderaan keluaran mereka … kereta tersebut berlaku kebocoran dan bila hujan air masuk hingga mampu tenggelam paras buku lali dalam kereta … pelbagai usaha dibuat … dan sehinggakan beliau terpaksa menjual kereta tersebut kerana pihak pengedar sendiri gagal mengesan apa masalahnya.

Oleh itu di sini sebenarnya wujud permasalahan ‘KUALITI’ produk ditahap membimbangkan yang mana Proton harus lebih peka demi kemajuan Syarikat mereka dan seterusnya mampu menghasilkan produk yang berkualiti TINGGI sepertimana kenderaan luar negara.

Memang sayang jika berpuluh tahun wujud dalam pasaran dan telah lama menjalankan R&D namun perkara QC ini tidak dititikberatkan. Moga Proton dapat belajar bagaimana pesaingnya seperti Perodua yang jarang sekali diberi gambaran buruk oleh penguna. Itu hanya kenderaan keluaran tempatan bukan jika kita bandingkan dengan keluaran luar negara.

Sebagai penguna sudah tentu kita mahukan yang terbaik dari segi HARGA dan KUALITI kerana wang yang dilaburkan adalah banyak nilainya. Bukanlah penguna berniat untuk sabotaj produk keluaran negara ini atau terlalu mengagungkan kereta keluaran negara luar … jika ianya berbaloi dengan apa yang dilaburkan oleh penguna sudah pasti masalah seperti ini tidak akan wujud.

Berikut gambar-gambar yang heboh disebarkan diinternet dalam kes ‘Proton Preve dimalukan’.