Makan time … sebelum ini [Bb] pernah review pasal Burger Bakar Kaw Kaw yang terkenal dekat Wangsa Maju Sec 2 tu. So kali ini kita tengok pula keistimewaan pada KL Burger Bakar UK Perdana sebab dengar cerita menarik.

Lokasi dituju mendaki Ukay Perdana … Kalau anda datang dari arah Gombak ke ampang melalui MRR2 terus exit ke kiri untuk ke Keramat tu … amik lorong kiri dan ikut signboard ke UK Perdana. Teruskan perjalanan mendaki UK hingga anda terpandang signboard Balai Polis UK perdana … lepas tu naik ke atas sebelah kiri . Restaurant KL Burger Bakar ni sebelah kiri jalan sahaja sepajang deretan rumah kedai dan bersebelahan 7 E. Anda akan nampak banner besar warna merah gabar Singa ….haaa itu lah restaurantnya.

Bila dah rasa makanan dekat sini terutamanya Burger bakar istimewa … [Bb] rasa berbaloi dengan harga yang berpatutan. Rasa burger bakarnya memang enak dan lazat. Burger dihidangkan dengan pelbagai jenis dan apa yang menarik ianya diberi  nama yang agak unik. ‘Burger KL Gangster’ , ‘Burger Drift’ ,’Burger Bini-Biniku Gangster’ dan macam-macam lagi. [Bb] and family mencuba Burger KL Gangster dan Burger Drift je sebab yang lain besar-besar belaka setnya pulaktu namanya agak bahaya … hehehehe. Apapun Burger bakarnya dan sos yang sedap memang terangkat.

Apa yang menarik dan istimewanya restaurant ni ada pelbagai hidangan @ masakan selain Burger bakar sahaja. Ada western … dan makanan tempatan yang lazat… dari mee muar hingga la ke cheeze wedges … chicken chop hingga la ke nasi goreng. Dengan pelbagai makanan yang ada jadi mudah jika anda datang bersama keluarga … dan yg pasti sedap nasi goreng tomyamnya.

KL Burger bakar Uk perdana

Satu lagi yang menarik bagi [Bb] service yang baik dan anda tak perlu beratur panjang … so apa lagi . Jika anda kelapangan selamat mencuba dan jika anda ingin info lengkap bolehlah layari facebook KL Burger Bakar Ukay Perdana kerana mereka telah pun membuka cawangan baru dalam lembah klang sampai ke Johor.

Next time bleh cuba set ‘Burger Janda-Jandaku Gangster’ kot …….:)