Bb Food & Fun

* Article in Bahasa Malaysia

Bb Food Review : Wadai Kipeng ( Bubur orang banjar )

Masa arwah ibu saya ada, ini lah salah satu makanan orang banjar yang amat saya gemari. Masakan arwah memang amat sedap …ermmm yummy. ‘Wadai Kipeng’ merupakan sejenis bubur sama macam bubur kacang dan lain2 cuma kelembutan dan keunikan tepung yang berbentuk leper itu amat unik. kalau bertanya pada orang Banjar, dah tentu akan angguk kepala tanda tahu (tahu saja belum tentu tahu  masak sendiri ) .

Saya sebenarnya tak pasti apa maksud wadai kipeng tu (walaupun berdarah Banjar). Yang saya faham wadai bermakna bubur dan kipeng tu pula mungkin bentuk tepung yang telah dibentuk seperti gambar di bawah :

Wadei kipeng

Banjar food

Gambar dibawah adalah bentuk tepung yg dibuat sebelum ia dimasak.

Wadei Kipeng

Disini saya sertakan cara-cara membuat ‘Wadai kipeng’ bersama dengan bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan A
Tepung pulut
Sedikit air kapur
Air
Garam

Bahan B
Santan Kelapa
Gula Merah
Gula Pasir
Garam
Daun Pandan
Durian ( Bagi menambah perisa dan umhhh! )

* Sukatan terpulang banyak mana nak buat.

Cara-cara pembuatan seperti berikut :

1. Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat dan penyekkan sedikit. Lebih kurang 1-1.5cm. Ketepikan.

2. Masak santan. Masukkan gula merah, gula pasir, garam. Kacau sebati hingga mendidih. Masukkan bahan A yang telah siap digentel tadi.

3. Masak hingga lembut.

4. Akhir sekali masukkan daun pandan dan durian.

5. Hidangkan . Yummy!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s