Bb Travel

* Article in Bahasa Malaysia.

Bandung Indonesia – Lubuk membeli belah
Papa jom pi Bandung shopping and jalan-jalan … Dengar je ayat tu keluar dari wife aku terus login internet than cari info pasal Bandung. Banyak info yang aku dapat and setelah teruja aku pun bagi GREEN light pada wife tercinta and anak-anak untuk pi bandung.

Memandangkan tujuan utama nak shopping, biasa la kena sediakan duit@RM yg secukupnya. Harap-harap dapat la control perbelanjaan, ye la bawak duit juta-juta tu hehehe. Memandangkan malas nak pening kepala kami tukar duit siap-siap kat KL dari RM ke rupiah …lebih mudah. So ke sana kami sekeluarga dan adik ipar sekeluarga plus bawak bonda mertua tercinta.  Segala urusan penginapan adik ipar I dah tempah awal2 lagi untuk memudahkan percutian. Kira My wife dgn adik dianya plan la semua … I and anak2 just follow je.

Kami mengunakan perkhidmatan tambah murah@ AIRASIA cam biasa, Waktu  berangkat awal pagi … so subuh2 lagi semua dah bangun. Persiapan semua we all dah buat seminggu awal jadi takde la kelam kabut, pakaian pun bawa ala kadar je sebab plan sampai je nak shopping baju baru ahaksss. Time ni anak2 la yang paling teruja.  So dalam flight 2 jam lebih kurang tu dok melayan anak2 je … then touch down to airport bandung … tak la besar mana pun airport ni cam kat langkawi je.   Sampai je airport adik ipar dah meredah cari prepaid card untuk kegunaan kat sana …senang dan mudah nak call supir’ nanti. We all amik teksi warna biru kat airport terus ke Hotel untuk check in.

Hotel ni tak la jauh sangat dari airport cuma jalan sesak buat rasa jauh … anyway persekitaran kat sini tak jauh beza dangan Malaysia. Seperti dijangka Motorsikal menguasai jalan2 kat sini. Sampai hotel unpack barang dulu then rehat-rehatkan bandan. Not bad juga … dapat 2 room apartment sytle + ada ruang dapur yang simple.

So selanjuntnya perut semua dah lapar … program semua diserahkan pada my wife n adik ipar I  memandangkan diorang yang setup percutian ni. Untuk memudahkan perjalanan Kami telah mengenakan khidmat ‘SUPIR’ so banyak boleh dapat supir cuma dapat yang terbaik adalah ditagih… hasil rundingan akhirnya berjaya dapat harga yang ‘mampu dan murah ‘untuk supir yang mengunakan 7 setters’ van untuk sepanjang percutian … orangnya pun peramah dan baik. Tempat seterusnya pi Kampung Daun’ … pot makan untuk petang merangkap makan malam. Memang istimewa tempat ni, terletak di kawasan pergunungan berhampiran dengan TANGKUBAN PERAHU (next entry). Sejuk dan nyaman banget di sini. Nak basuh tangan pun takut coz rasa cam basuh dengan air batu..sejukkkkk..Suasananya ala-ala dalam hutan gitu coz mereka menerapkan natural konsep. Sesuai dengan suasana yang nyaman dan aman. Makanannya memang SODAP … paling menarik dessert istimewa PISANG GORENG disimbah coklat dan cheese … siap tambah order. Memang puas makan kat sini setimpal dengan harganya.

  

 

 

Memandangkan memang dah dirancang … seterusnya ke TANGKUBAN PARAHU’ . Perjalanan ke gunung berapi yg masih aktif ni agak adventure disebabkan jalan yang tak rata. Cuaca memang sejuk so takde la letih sangat … bila sampai je kat puncak tu bau belerang terbakar akan menusuk hidung anda … ramai penjual cenderahati kat sini dengan macam benda diorang jual ..target mereka anak2 and ibu2 …pandai diorang ni. Terjebak gak beli barang2 hiasan kat sini and beli strawberry yang manis giler n besauuu. Xtvt amik gambar memang wajib ..so apa lagi 1,2,3 …. action.

 
 

So abih je melawat tempat ni kami menuju ke Bandar untuk shopping ala kadar …kira intro je dulu lagi pun dah letih semuanya. Malam dok rehat je and makan ringan2 kat dalam hotel …”MEE SEGERA” huhuhu.

Hari berikutnya …misi bershopping sakan bermula. Awal2 semua semangat terutamanya Mem besau , adik Ipar & mak mertua plus anak2 bujang tu. Target shopping first stage nak cari Tshirt, Jeans or baju harian, we all pi kat betul2 pekan bandung yang sibuk dari awal pagi lagi. Macam dijanjikan Our Supir’ awal2 dah tunggu kat hotel …mudah dan pantas. Memandangkan nak keluar jalan2 … perlukan tenaga we all pekena dulu nasi padang, nama restaurant tu Simpang Raya …dah dekat dgn town. Aman damai je restaurant ni … maybe sebab awal lagi kot. Masakan padang ni korang jangan terkejutsss byk gile lauk dihidang dalam pinggan2 kecik. So petua senang je … usik and makan itu la korang kena bayor, lauk2 dia memang sedap.

  

  

So berbalik pada shopping time , we all shopping yang perlu dulu … so memandangkan banyak sangat butik and nak pegi semua … we all pi dulu tempat yang betul2 nak beli. Then lepas tu pi masuk semua butik@rumah mode yang ada…memang rambang mata beb … letih pun tak rasa. So anak2 yang dah meragam tu we all settle awal2 …belikan toys untuk senyapkan diorg …hehehe. Dah letih we all balik hotel and sambung shopping lagi sebelah malam … malam hari kat town memang happening and lagi banyak harga murah leh dapat. So tercapai la rancangan nak cari thirt, jeans & jacket kulit …macam2 ada dari Levis sampat la ke Hugo Boss …fuhhhh anak2 pun happy.

The last day we all memang rancang untuk borong kain pasang … so we all pegi ke Pasar baru … dari kain sampai la telekung …macam2 ada . Sampaikan budget over … fuhhh nasib baik ada HSBC … apa lagi pi keluarkan duit utk top up… time ni memang dah bleh agak lobih budget tapi dah standby awal2…. memang meletihkan dgn melayan anak2 lagi but … sekali sekala bukan selalu…. ahakss. Tengah hari tu we all try pekena masakan sudanese kat 1 restaurant yang dibuat dari bambu …. ermmmm tempat bersih …udara segar …dan yg best tak ramai orang . Masakkan rasanya biasa2 je …cuma tempat je kira menarik.

  

  

      

After makan heaven and shopping heaven …. time to Pulang ke KL. Apa pun suatu percutian yang berbelanja buat kami sekeluarga … 1 day we will back again to Bandung for sure …. and sampai airport bandung aku demam selesema.😦

  

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s