Bb Lifestyle – Pinjaman Kereta Punca Ramai Muflis

* Article In Bahasa Malaysia

kereta anda

29,338 orang bankrap disebabkan hutang pinjaman kereta, merupakan penyumbang utama berlakunya kes muflis di Malaysia. Itulah kenyataan di Parlimen yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, statistik tersebut agak mengejutkan dan membimbangkan.

Punca-punca individu di Malaysia muflis seterusya disebabkan oleh:

Hutang peribadi – 15,299
Hutang rumah – 14,327
Hutang bisnes – 14,327
Hutang korporat – 6,127
Manakala bankrap sebab kad kredit cuma sebanyak 5,735 kes.
Hutang cukai pendapatan (1,112), hutang pendidikan (196)  dan lain-lain (24,975)

Mengulas pada apa yang dibentangkan ini [Bb] tertarik untuk mengenal pasti kebenaran atas fakta yang berlaku ini. Mungkin ada kebenarannya kerana pada zaman sekarang anak-anak muda di pusat pengajian tinggi awam ataupun swasta majoritinya telah memiliki kereta. Suasana ini jauh berbeza jika dilihat pada awal 90 an atau 80 an.

Penghapusan atau pengurangan duti import kereta, akan mengurangkan harga kereta. Tetapi Bank juga menyebabkan permintaan terhadap kereta mahal itu tinggi, disebabkan oleh pinjaman terlalu dipermudahkan. Mana tidaknya, boleh pinjam sehingga 9 tahun untuk beli kereta.

Rakyat malaysia pula ada yang menganggap pinjaman bank itu lebih nikmat daripada suatu keperluan. Kalau hidup 60 tahun, maksudnya lebih 20% daripada usia dewasa adalah digunakan untuk menjadi hamba bank.

Dasar automotif yang kononnya untuk menyelamatkan industri Automotif negara, sebenarnya lebih mengkayakan bank-bank tak kira luar atau bank tempatan. [Bb] anggarkan jikalau kereta RM 60k … pada kadar interest’ 6% selama 9 tahun … bayaran baliknya adalah 77,796.72 … maka pihak bank untung 17796.72 (sebulan 164.78 disumbangkan kepada bank)

Jika kereta yang sama, telah diturunkan harga 15% disebabkan pengurangan cukai … Harganya akan menjadi  RM 51k … kalau pinjam 9 tahun dengan kadar interest’ yang sama maka bayaran baliknya adalah 66127.32. Bank tetap untung RM 15,127.32 (sumbangan bulanan kepada bank adalah 140.06)

Akan tetapi, ia membolehkan pembeli kereta tidak perlu meminjam sehingga 9 tahun, cukup sekadar 7  tahun pada kadar bayaran bulanan sedikit lebih mahal. 2 tahun lebih awal melangsai hutang daripada menjadi hamba bank. Apabila hutang dilangsai lebih  awal … pinjam 51k … kadar interest’ 6%  …84 bulan…  maka jumlah bayaran balik adalah 62583.36 … Bank masih untung RM 11,583.36   (sumbangan bulanan ke bank adalah RM 137.89) Terdapat perbezaan ketara, 17,796.72 dengan 11,583.36 iaitu 6213.36 . Walaupun harga kereta turun 9k, anda hanya jimat 6213 sahaja.

Tetapi, kalau harga kereta turun 9k, tetapi tetap ambil pinjaman 9 tahun, anda hanya jimat 2669 sahaja. Jika dilihat sebenarnya apa yang menjadi masalah adalah  pinjaman 9 tahun. Oleh itu … penghapusan/pengurangan cukai kereta, sebenarnya tidak memberi impak sangat kepada hutang kereta rakyat Malaysia, melainkan pinjaman 9 tahun dihapuskan, kepada maksimum 5 atau 7 tahun.

Oleh itu sebagai penguna yang bijak anda tentu lebih arif dan tahu apa yang diperlukan. Jangan hanya menilai bulanan yang murah tanpa berfikir apa sebenarnya yang berlaku dalam masa panjang. Jadilah penguna yang bijak!

Advertisements

BanjarBoy – Wadai Balungan Hayam

* Article In Bahasa Malaysia

Wadai Balungan Hayam … Apa tu? Mungkin agak pelik kalau bukan orang Banjar yang terdengar ‘wadai balungan hayam’ ini. Sebenarnya ianya sejenis kuih tradisional orang banjar seangkatan dengan ‘wadai kipeng’ yang agak ‘rare’ walaupun dalam masyarakat Banjar itu sendiri.wadai balunngan hayamSudah agak lama [Bb] tak makan kuih ini, selalunya kalau kat kampung memang ada la keluarga yang buat kuih ini. [Bb] sendiri pun tak pasti asal usul nama kuih tersebut tapi mungkin ‘Balungan Hayam’ tu sempena bentuk daun pisang yang dibungkus tu berbentuk ‘Balungan AYAM’ kot … kalau kita perhati ayam jantan ada macam tanduk@telinga kat atas kepala …haaa itu la balungan hayam. Ini teori [Bb] je sebab macam arwah ibu [Bb] pernah bagitau. Masa [Bb] kecik-kecik dulu memang  suka makan kuih ni sebabnya [Bb] memang gemar makan kuih-kuih kukus dan manis.
Bahan-bahan asas nak buat doh kuih ni ialah ringkas je iaitu Tepung pulut, Air, garam, minyak masak, Daun Pisang dan inti kelapa muda yang telah dimasak dengan gula merah ( nak sedap letak durian ). Mula-mula bancuh la tepung pulut tu  dan diuli bulat-bulat sebesar penumbuk kanak-kanak macam dalam gambar bawah ini.
Selepas itu kita leperkan@canaikan di atas daun pisang yang telah dilayur atas api dan telah disapu dengan minyak masak. Minyak masak disapu keatas daun supaya kuih tak melekat bila dah masak nanti dan rasanya akan berlemak sikit.wadai balungan hayamLangkah seterusnya kita letak intinya….Inti dibuat dari kelapa muda yang telah siap dimasak bersama gula merah dan dicampur durian untuk rasa yang lebih sedap. Dah taruk inti kita lipat dua …ala macam nak lipat kuih karipap tu , cuma hati-hati jangan inti terkeluar pulak. Bila dah cantik dan lipat daun pisan tu sekali kita gunting bahagian tepi untuk membentuk ianya seperti dalam gambar dibawah.wadai balungan hayam
wadai balungan hayam

Bila semuanya dah siap boleh la letak dalam periuk kukus untuk proses terakhir iaitu mengukus kuih ‘balungan hayam’ ni . Susun cantik-cantik dan pastikan tiada yang melekat. Setelah dikukus dalam 40 minit boleh la dihidangkan ….ermmmm pasti sedap.

Gambar dibawah anda boleh lihat bagaimana hasilnya ‘Wadai balungan hayam’ yang sudah agak jarang ditemui hata dalam masyarakat Banjar sekarang.

wadai balungan hayam
Wadai balungan hayam

Bb Lifestyle – Logo dan Tema Hari Kemerdekaan dulu hingga kini …

* Article In Bahasa Malaysia

Merdeka ! merdeka ! merdeka … sempena bulan kemerdekaan ini [Bb] ingin berkongsi fakta-fakta berkaitan dengan penghasilan Logo dan Tema sambutan hari kemerdekaan yang di sambut saban tahun. Keunikan setiap tema dan logo yang dihasilkan ini mungkin dapat menaikan semangat ‘kemerdekaan’ pada diri kita yang seharusnya berbangga dengan apa yang dicapai tak kira bangsa , agama atau fahaman politik.

Berikut merupakan tema Hari Kebangsaaan dari tahun 1970 sehingga kini sehinggalah ke tahun ini dan untuk pengetahuan penggunaan logo hanya bermula pada tahun 1976.

1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kerkebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Kerdikari
1976
Ketahanan Rakyat

Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita cita kemakmuran dan keselamatan negara.Tema “KETAHANAN RAKYAT” ditulis melengkung bagi melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga menyerupai rebana ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Lima lembaga manusia pula mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.

1977
20 Tahun Bersatu Maju

Logo ini bertema “20 TAHUN BERSATU MAJU” . Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing bagi menandakan kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat melambangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima tiang pula melambangkan lima prinsip Rukunnegara. Sementara bentuk hadapan perahu menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang bernar-benar timbul dari bumi negara ini.Bulatan yang mengandungi nombor 20 menandakan 20 tahun usia kemerdekaan. Logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah.

1978
Kebudayaan Sendi Perpaduan

Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia) . Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru yang bercantum menggambarkan perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka ‘XXI’ yang memberikan erti 21 tahun merdeka. Logo ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan disamping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyat hidup bersatupadu.

1979
Bersatu Berdisiplin

Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara. Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru dan merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara supaya dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.

1980
Berdisiplin Berbakti

Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraaan hidup. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan ‘bulat manusia kerana muafakat’. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin.

1981
Berdisiplin Berharmoni

Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

1982
Berdisiplin Giat Maju

Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Ia melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara. Bulatan pula menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 2 dan 5 itu melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang selama 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.

1983
Bersama ke Arah Kemajuan

Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

1984
Amanah Asas Kejayaan

Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat dan kerjasama yang erat antara sector awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah.

1985
Nasionalisme Teras Perpaduan

Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut. Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa Malaysia manakala bulatan kuning melambangkan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotism menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpadaun rakyat yang cintakan negara.

1986
Bangsa Tegas Negara Teguh

Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.

1987
Setia Bersatu Berusaha Maju

Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima empat bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian . Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan, dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha.

1988
Bersatu

Tema “Bersatu” dilambangkan oleh tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna Kuning melambangkan system raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

1989
Bersatu

Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ibarat ‘anyaman’ yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan, juga kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

1990
Berjaya

Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.

1991
Wawasan 2020

Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020.

1992
Wawasan Asas Kemajuan

Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’ merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’ yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil,aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah negara ‘maju’ dimasa depan.

1993
Bersatu Menuju Wawasan

Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan. Warna rnerah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna diatas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia.

1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan

Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.

1995
Jatidiri Penggerak Wawasan

Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara, Warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang kaum,agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.

1996
Budaya Penentu Kecapaian

Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat membina satu budaya yahng dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakt dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, social dan politik. Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga. Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.

1997
Akhlak Mulia Masyarakat Jaya

Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni, mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak mulia ( hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita wawasan negara.

1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita

Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan negara.

1999
Bersatu Ke Alaf Baru

sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.

2000-2006
Keranamu Malaysia

Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud vision atau wawasan.

2007
Malaysiaku Gemilang

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italiclslanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.

2008
Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

2009
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

2010
1Malaysia Menjana Transformasi

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

2011
1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

2012
Janji ditepati

‘Janji Ditepati’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini .

Bb Food & Fun – Seni Hiasan Telur Rebus.

* Article In Bahasa Malaysia

Telur ayam rebus memang sedap dimakan jika dimasak kari atau gulai …bahkan dimakan dengan kicap manis begitu sahaja. Dalam masyarakat kita terutama orang melayu pemberian bunga telur suatu keutamaan dimajlis perkahwinan namun ianya semakin pupus dimana sekarang ramai yang mengantikannya dengan barang hiasan.

[Bb] temui suatu kaedah seni untuk menghiasi telur rebus yang agak unik dan menarik untuk dicuba. Walaupun hanya sebiji telur rebus …keunikannya mungkin membawa satu hidangan yang istimewa untuk diolah.

1. Telur ayam direbus seperti biasa dan diretakkan kulit luarnya, jangan dikupas@buang kulit luar tersebut.
hiasan telur

2. Sediakan Pewarna Vanila pelbagai warna ( ala yang biasa orang guna untuk buat kek tu ). Biasanya ada warna merah, hijau, biru etc . Titiskan perlahan-lahan ke atas telur-telur tersebut sehinga keseluruhannya rata, kemudian basuh dengan air yang bersih … hanya lalukan air jangan disental pula telur tu. Setelah selesai keringkan lah telur-telur tersebut. Anda boleh guna pelbagai warna untuk setiap telur atau kalau nak campur pun boleh. Rujuk gambar dibawah .
hiasan telur
hiasan telur
hiasan telur
hiasan telur

3. Bila sudah kering boleh lah anda kupas telur-telur tersebut untuk membuang kulit luarnya … semudah itu sahaja. Hasil nya anda akan lihat corak seakan kesan  retakan atau sarang labah-labah menghiasi telur rebus anda.
hiasan telur
hiasan telur
hiasan telur
hiasan telur

Bb Kiddo – Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Di Malaysia

* Article in Bahasa Malaysia 

sbpBerikut adalah senarai sekolah-sekolah berasrama penuh(SBP) di Malaysia dan juga maklumat am seperti nombor kod sekolah,aliran,alamat,no faks dan no telefon pejabat.



Senarai sbp
Senarai sbp
Senarai sbp
Senarai sbp
Senarai sbp
Senarai sbp

Berikut Ranking Penuh Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik berdasarkan Keputusan SPM 2011/2012

1. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (0.93)
2. SEKOLAH TUN FATIMAH 152 -(0.939)
3. SEKOLAH SERI PUTERI (0.98 )
4. SEKOLAH ALAM SHAH 1.12
5. SM SAINS TUANKU MUNAWIR 1.18
6. SBP INTEGERASI GOMBAK 1.226
7. SM SAINS REMBAU 211 -1.3288
8. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 305 – 1.3553
9. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 142 – 1.374
10. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 142 – 1.3793
11. SM SAINS ALAM SHAH 255 – 1.44
12. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU – 144 1.4508
13. SEKOLAH SERI PUTERI 176 -1.4508
14. SM SAINS SULTAN MAHMUD 119 – 1.4724
15. SM SAINS MUZAFFAR SYAH 136- 1.5109
16. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 164 – 1.5287
17. SM SAINS SELANGOR 140 – 1.5927
18. SM SAINS BAGAN DATOH 156 – 1.6082
19. SM SULTAN ABDUL HALIM 140 – 1.6345
20. SM SAINS MACHANG 109- 1.6565
21. SBP INTEGRASI BATU RAKIT 132 -1.7148
22. SM SAINS HULU SELANGOR 160- 1.7336
23. SM SAINS KUCHING 119 -1.759
24. SBP INTEGRASI SELANDAR 164- 1.7763
25. SM SAINS KUBANG PASU 156 -1.792
26. SM SAINS TUANKU JA`AFAR 147 -1.8128
27. SM SAINS LAHAD DATU 108- 1.8227
28. SM SAINS KUALA TERENGGANU 136- 1.8529
29. SM SAINS MIRI 83 -1.8874
30. SM SAINS SULTAN ISKANDAR 115 -1.9024
31. SM SAINS KOTA TINGGI 135 -1.915
32. SM SAINS TENGKU ABDULLAH 138- 1.9327
33. SBP INTEGRASI TEMERLOH 119- 1.9355
34. SM SAINS PASIR PUTEH -141 2
35. SM SAINS LABUAN 86 -2.0397
36. SBP INTEGRASI KUANTAN 128 -2.095
37. SM SAINS SABAH 130 -2.137
38. SBP INTEGRASI GOPENG 169- 2.1467
39. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 139- 2.1994
40. SM SAINS POKOK SENA 151 -2.2297
41. SM SAINS TELUK INTAN 143- 2.4285
42. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 183- 2.4899

 

Bb Kiddo – Panduan buat anak-anak menghadapi peperiksaan …

* Article in Bahasa Malaysiapersiapan menghadapi peperiksaan

Sudah tidak lama lagi bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan awam untuk membuat persediaan terakhir. Pada ketika ini, tentu hati anak-anak seakan berdegup laju dan gemuruh menunggu hari-hari yang menentukan masa depan kalian. Percayalah gemuruh itu membawa kebaikan jika ditanganinya dengan sebaiknya.

Ketika kita sudah tidak lagi jauh dari tarikh peperiksaan, apakah persediaan yang penting untuk memastikan kita memasuki dewan peperiksaan dengan tenang dan membawa keyakinan yang tinggi.

1. Memilih kawan yang sesuai
Di saat ini sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan persediaan kita menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang memahami bahawa kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia tidak membawa kita kepada kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik hati kita. Kawan yang baik juga akan membantu kita memberikan keadaan yang selesa dalam pembelajaran dan membantu bila perlu.

2. Mengutamakan nota pendek
Telah kita belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji dengan membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan terakhir bagi mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda mudah membantu dalam mengulangkaji ini.

3. Masa untuk meluahkan apa dipelajari.
Ada kalanya kita memahami apa kita pelajari tetapi sukar untuk menyampaikannya kembali dalam bentuk jawapan. Maka dsyorkan bahawa di saat akhir ini adalah penting untuk kita berlatih bercerita dan menulis kembali apa yang kita fahami dan pelari. Cara lain adalah dengan menjawap soalan-soalan tahun-tahun lepas dan soalan contoh agar kita terbiasa dengan mengeluarkan segala ingatan dan fahaman kita. Ingatlah peperiksaan adalah medan untuk meluahkan segala apa kita pelajari.

4. Menjaga Hubungan Dengan Manusia dan Alam
Menjauhkan diri dari melalukan kezaliman terhadap orang lain, haiwan dan alam. Jadilah manusia yang baik mulai dari hari ini. Semoga dengan kebaikan kita lakukan, maka kebaikan juga kita perolehi. Termasuklah kita tidak mencela orang lain terutamanya para guru kita. Hubungan dengan ibu bapa teramat penting untuk dijaga. Perbaikilah hubungan kita sesama manusia dan alam agar kita memperoleh keyakinan yang terbaik kerana manusia yang memiliki rasa salah pada orang lain dan manusia yang tidak disukai oleh orang lain adalah manusia yang sering memiliki keyakinan yang lemah dan low-esteem.

5. Rehat yang Mencukupi
Ada para pelajar yang sangat berusaha hingga ke saat-saat terakhir tanpa menghiraukan kesihatannya. Otak memerlukan tenaga yang cukup untuk berfikir dan mengingati segala memori. Maka, wajar untuk tidak terlalu membebankan badan di hari-hari menghampiri peperiksaan. Dapatkah tidur dan rehat yang cukup. Jika bersedia, hanya ambil satu atau dua jam sahaja pada malam peperiksaan untuk menelaah kembali dan terus rehat. Berehat tidak bermaksud berhibur. Rehat yang cukup juga tidak bererti mengambil pil-pil untuk berjaga dan memberi tenaga. Ini sangat tidak digalakan kerana pil-pil seumpama ini boleh melemahkan keupayaan minda.

6. Mengelak Kecelakaan dan Menjaga Kesihatan
Elak mengambil masa di luar rumah atau di jalanan terlalu lama. Ini dapat mengurangkan risiko mendapat kecelakaan. Berdoa agar Allah memberi kebaikan pada kamu. Makanlah dengan makanan yang seimbang dan sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah amat penting bagi memberi vitamin yang cukup ke otak. Kismis dan madu adalah amalan kesihatan yang baik. Jika kesihatan terganggu, jangan membuang masa dan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

7. Memohon Guru Halalkan Ilmu
Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan ilmu yang dihalalkan oleh para guru. Jangan lupa kita juga punya guru iaitu kawan-kawan yang mengajar kita. Mohonlah mereka halalkan ilmu yang mereka ajari kita. Semoga dengan cara ini, kita peroleh doa dari mereka dan keyakinan kita bertambah.

8. Doa & Qiamulail
Jangan tunggu sekolah untuk menganjurkan malam qiamulail dan majlis bacaan yaasin untuk mula berdoa. Malah seharusnya kita sebagai pelajar harus selalu bijak untuk mengatur jadual dan pilihlah malam yang sesuai untuk qiamulail dan berdoa hajat pada Allah. Jangan jemu berdoa kerana Allah sangat gemar hambanya yang berdoa padaNya. Bertaubatlah dengan segala kesalahan yang kita lakukan. InsyaAllah dengan pembersihan jiwa sebegini, kita menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.

9. Sedekah
Keluarkanlah sekadar termampu sedekah. Jadikanlah ini amalan dan rancanglah kewangan kamu. Meskipun kamu masih bergantung pada wang pemberian ayah dan ibu, tidak bermaksud kamu tidak boleh bersedekah. Mungkin hanya sebiji gula-gula atau seteguk air, itu sudah mencukupi sekadar sedekah yang termampu terutamanya pada hari peperiksaan. Ini kerana Allah memberi kebaikan kepada mereka yang bersedekah. Semoga salah satu kebaikan itu adalah kemudahan dalam menjawap soalan dan memperoleh kejayaan.

10. Restu Ayah dan Ibu
Terakhir dan terpenting adalah mendapatkan restu ayah dan ibu. Jangan melangkah ke dewan peperiksaan tanpa restu ayah dan ibu. Salam dan ciumlah tangan mereka setiap hari ke dewan peperiksaan. Bagi mereka yang berjauhan, telefonlah kepada ayah dan ibu sebelum hari peperiksaan. Ucapkanlah pada ayah dan ibu “doakan saya, restukan saya.”

Insya-Allah, sama-sama kita doakan kita berjaya dalam peperiksaan dan menjadi umat yang berilmu serta beramal dengan ilmu yang bermanfaat.

Bb Lifestyle – Kadar jenayah menurun … fakta atau auta

* Article in Bahasa Malaysia

Apabila bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyarankan pihak polis mengkaji semula statistik jenayah semasa agar dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan negara ini terdapat berbagai reaksi dari beberapa pihak. Tidak kurang yang memidas pandangan beliau.

Bagi [Bb] amat bersetuju  dengan kenyataan Tan Sri Musa Hasan itu supaya data-data statistik dan realiti kejadian harian haruslah seimbang. Statistik menunjukkan kadar jenayah menurun tetapi hampir sertiap hari berlaku kejadian jenayah yang dipaparkan di media-media cetak dan elektronik, oleh itu dimanakah benarnya statistik tersebut. Dari jenayah peragut sehinggalah rampasan dadah yang bernilai jutaan ringgit berlaku hampir setiap bulan.

Media-media perdana mendedahkan hampir setiap hari tangkapan-tangkapan GRO asing, awang hitam, rompakan, pembunuhan, rogol, culik dan macam-macam lagi. Mana mungkin rakyat percaya kepada statistik manakala di hadapan mereka dipaparkan kejadian-kejadian jenayah yang menggerikan.

Malahan rumah [Bb] baru-baru ini telah dipecah masuk dan kehilangan pelbagai barang berharga. Walau duduk didalam kawasan ‘Guarded house’ pun masih belum tentu selamat …jadi apakah benar statistik bahawa index jenayah telah menurun seperti di war -warkan … rasanya tidak.

Tan Sri Musa sebagai seorang yang berwibawa dan berpengalaman tentang keselamatan negara tidak harus dipersalahkan kerana beliau juga turut bimbang dengan persepsi rakyat. Dalam hal keselamatan rakyat tidak peduli akan data dan statistic, apa yang mereka yakin dan percaya ialah apa yang berlaku dihadapan mata mereka.

Data dan statistik bukannya angka petunjuk untuk menyenangi hati rakyat atau meletak mereka dalam ‘feel good factor’ atau menggunakan factor ini untuk memenangi pilihanraya.

[Bb] ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Musa Hasan di atas kesedaran dan peringatan beliau.

Bb Lifestyle – Adakah benar rakyat Malaysia sudah hilang kesopanan …

* Article in Bahasa Malaysia 

Reader ‘s Digest telah membuat kajian tentang kesantunan ( “courtesy” ) di kota-kota utama di dunia, Kuala Lumpur terletak diranking tercorot yang ke 34 dari 36 kota yang paling tidak bersopan mendahului Bucharest dan Mumbai. Terkejut juga [Bb] dengan fakta terbaru ini, namun sejauh manakah kebenarannya atau pihak mereka telah menilai dari sudut yang salah. Jika benar nilai-nilai kesantunan dan budi bahasa semakin terhakis maka program Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang terpaksa menghabiskan jutaan ringgit menganjurkan kempen Budi Bahasa adalah suatu kegagalan.
Kempen yang mengajar bagaimana untuk memberi senyuman, bagaimana untuk menyatakan ‘Terima Kasih’, bagaimana menghormati warga emas dengan memberi ruang duduk di dalam LRT, bagaimana memimpin tangan warga emas melintas jalan, bagaimana untuk menjawab telifon malah pendeknya keseluruhan kempen untuk menghapus sikap-sikap ‘kurang ajar’, ‘biadap’ dan pentingkan diri sendiri. Perkara-perkara asas yang sepatutnya tersemai di dalam kehidupan sejak lahir terpaksa dilatih semula.

[Bb] masih ingat mata pelajaran SIVIK yang dipelajari dizaman persekolahan dahulu … wujudnya dapat sedikit sebanyak membentuk sahsiah dan kesopanan pada setiap pelajar. Tetapi dengan kemajuan pada zaman sekarang mungkin kita harus ada cara baru bagi membentuk semula generasi yang lebih bertata susila.

Masyarakat kita juga menghadapi dilemma yang sama seperti masyarakat Inggeris kesan akibat kebanjiran kaum pendatang. Hidup seharian kita sentiasa di dalam kebimbangan dan curiga tentang keselamatan diri dan keluarga apabila hidup di kelilingi pendatang-pendatang asing yang kasar dan pengotor sehingga kadangkala dengan mengambil pendekatan sombong adalah lebih baik untuk tidak memberi muka kepada mereka. Malangnya sikap sombong ini terbawa-bawa sehingga dalam kehidupan seharian.

Apa pun kempen sopan santun tidak harus terhad kepada rakyat sahaja. Yang lebih utama ialah sopan santun wakil-wakil rakyat di dalam persidangan Parlimen. Terpekik terlolong seperti yang disiarkan di dalam siaran TV bukanlah contoh yang baik seorang pemimpin yang dipilih rakyat. Wakil BN Kinabatangan, Bung Mokhtar(suami kepada actress jelita Zizi Ezzete), Wakil PAS Mahfuz Omar, Wakil PKR Azmin Ali, Wakil DAP Karpal Singh, wakil DAP Betty Chew (slogan ShameOn You) adalah contoh-contoh wakil rakyat yang bukan setakat tidak santun malah biadap.

[Bb] cukup mengkagumi personaliti wakil DAP Kepong Dr Tan Seng Giaw yang konsisten berdebat di dalam Dewan Rakyat dengan penuh santun dan bahasa yang tersusun dijalin indah malah diiringi pekerti yang mulia. Beliau seharusnya dilantik menjadi ‘Duta Santun’ oleh kemeterian Rais Yatim. Pandangan ini bukanlah berdasarkan fahaman politik namun ianya suatu fakta dan contoh yang mana sebenarnya kita masih mampu melahirkan generasi yang lebih bersopan santun serta mempunyai sikap tatasusila yang baik dalam masyarakat.

Bb Lifestyle – Zakat Fitrah Tahun 2012

* Article in Bahasa Malaysia

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.

Sempena bulan ramadhan dan tentunya syawal yang bakal tiba nanti [Bb] nak berkongsi tentang zakat fitrah yang wajib bagi kita laksanakan.

5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:

Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya. Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia tahun 2012@1433H. Kadar zakat fitrah yang ditetapkan diseluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2012|1433H tidak begitu ketara perubahannya dari segi penurunan atau kenaikan.

kadar zakat fitrah 2012

Bb Lifestyle – Logo Hari Kemerdekaan 2012 …Terbaik?

* Article in bahasa Malaysia

Pertama kali [Bb] melihat logo Hari kebangsaan ke 55 iaitu untuk tahun 2012 … seolah-olah tak percaya dengan apa yang dilihat dan agak terkilan dengan rekabentuk sedemikian rupa. Selama ini pada tiap-tiap tahun penghasilan logo merdeka begitu ‘professional look’ dan direka dengan begitu gah dari seni grafiknya.

Mari kita nilai rasionalnya logo ini dipilih kerana apa yang dapat dilihat seolah-olah penghasilan yang berkait rapat dengan agenda semasa politik.

logo hari kemerdekaan 2012
Adakah  sudah ketandusan idea atau pun mengambil mudah adalah perkara yang menyumbang kepada terhasilnya “logo” sempena hari kemerdekaan Malaysia tahun ini… atau kemungkinan juga perisian yang bersesuaian untuk menghasilkan grafik seperti Photoshop dan Illustrator telah tamat tempoh sehinggakan si pereka logo ini terpaksa menggunakan perisian yang mudah seperti Microsoft Paint atau pun MS Word…

Bagi orang yang telah lama dalam industri Grafik dan seni visual tentu tertawa melihat penghasilan logo tersebut yang amat jelas tidak professional. Mungkin pihak yang memilih logo tersebut mempunyai citarasa tersendiri yang mana tidak peka pada soal-soal penghasilan sesebuah ‘logo’. Walau apapun apa yang menarik nanti bagaimana mereka nak membentuk logo tersebut semasa hari sambutan oleh pelajar-pelajar seperti tahun-tahun sebelum ini.

Berikut dibawah ini [Bb] selitkan satu pandangan yang menarik dari individu yang peka tentang penghasilan logo tersebut. Ianya adalah fakta yang menarik kerana apa yang dinilai adalah suatu kebenaran.

Untuk mengubati luka dan mengimbas kembali kehebatan penghasilan logo-logo kebangsaan sebelum ini …mari kita nilai mutu, kreativiti serta tahap professionalnya logo hari kemerdekaan sebelum ini.

logo merdeka

logo hari kemerdekaan

Jika masih ada masa untuk mengubah atau mencari logo lain [Bb] harap pihak yang menentukan dapat menilai sendiri …kerana ianya soal semangat ‘kemerdekaan’ bukan hanya sebuah ‘logo’ namun penghasilannya haruslah melalui proses yang diiktiraf professional.