Bb Kiddo – Semak keputusan peperiksaan anak-anak secara ‘Online’

* Article In Bahasa Malaysia

Standard  Application Performance System (SAPS) telah  diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga Kementerian Pelajaran Malaysia (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah selaras dengan dasar pendidikan 2020.

Dengan kemudahan akses sistem ini, memudahkan para ibu bapa mendapatkan maklumat tentang markah peperiksaan anak mereka secara online. Pasti canggih dan hebat, ianya membolehkan ibu bapa mengakses markah peperiksaan anak-anak tanpa perlu menunggu buku adap’ yang selama ini digunakan. Anak-anak tidak lagi dapat menipu ataupun mengubah keputusan tersebut. Segala butiran peperiksaan yang terkini  akan dipamerkan dan ibubapa boleh mencetak terus lapuran untuk rujukan.

Sekarang tiada lagi rahsia, baik kakak, abang pun boleh semak keputusan adik-adik mereka secara pantas asalkan tahu maklumat kad pengenalan atau no surat beranak. Dengan adanya system baru ini pihak sekolah tidak perlu lagi menyediakan lapuran disaat akhir pada ‘Hari bertemu ibubapa’ . Walaubagaimanapun bagi [Bb] sistem baru ini harus dipantau dari segi faktor keselamatan, pengunaan dan keberkesanannya dalam membantu semua pihak termasuk pelajar, ibubapa, guru serta pihak sekolah.

Sememangnya ianya masih diperingkat awal namun jika dapat disediakan ruangan bagi interaksi atau perbincangan antara ibubapa, guru serta pihak sekolah pasti akan dapat memaksimakan pengunaannya. Apa yang [Bb] maksudkan jika sistem tersebut ada diselitkan pengunaan social media seperti mana facebook’ sudah tentu hubungan atau komunikasi antara Pihak Sekolah dan ibubapa akan lebih berkesan.

Pada masa ini bagi Sekolah Rendah sistem hanya menyediakan semakan untuk pelajar dari darjah 3 dan ke atas sahaja, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi pelajar Peralihan, Tingkatan 2 dan ke atas sahaja kerana sistem ini masih diperingkat permulaan.

Bagaimana Anda boleh mengakses sistem online’ tersebut? Ikut langkah-langkah berikut :

1. Lawati  halaman sesawang (website) SAPS – http://saps.moe.gov.my.    Kemudian, tekan (click) pada bahagian ‘Semakan Ibu Bapa’ .

Standard application

2. Masukkan No Sijil Lahir / No K/P Pelajar (TANPA “-” atau “SPACE”) dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, tekan (click) perkataan Semak.

standard application

3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no telefon, no k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, tekan (click) Papar Slip.

standard application

Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara menekan (click) perkataan ‘Papar Analisa’ gambarajah dibawah adalah contoh paparan analisa keputusan peperiksaan pelajar.

 

Standard application

Jika dilihat dari segi perlaksanaan sistem ini memang banyak kepentingannya. Anak-anak pada zaman kini harus bersedia dengan segala kemudahan teknologi baru yang semakin memudahkan segala urusan harian. Jadi bagi ibubapa anda juga harus bergerak seiring dengan pembangunan teknologi yang bergerak pantas sekarang supaya tidak ketinggalan.

Bb Kiddo – Isu pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadget ke sekolah …

* Article in Bahasa Malaysia

Para Pelajar kemungkinan Dibenarkan membawa telefon Bimbit dan gadget IT seperti Ipad ‘ atau Tab’ Ke Sekolah Pada Sesi persekolahan Tahun Depan (2013). Usul tersebut adalah antara perkara yang terkandung dalam didalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir perbincangan, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan. Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen.

Jika ini berlaku bermakna perlbagai persediaan harus diambil oleh pihak sekolah mahupun Ibubapa demi menjayakan agenda tersebut. [Bb] pasti pelbagai permasalahan akan timbul akibat dari perlaksanaan peraturan baru ini. Sudah tentu ada kebaikan dan keburukannya setelah kebenaran ini dilaksanakan.

Berikut sedikit petikan ucapan dari DATUK DR WEE KA SIONG (TIMBALAN MENTERI PELAJARAN)

“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.

kementerian pelajaran

Kebenaran tersebut  mengambil kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah. Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya. [Bb] tidak nafikan rasionalnya peraturan baru ini kerana kita harus mengikut arus kemajuan dan ianya telah lama wujud di negara maju lain seperti Jepun, namun implikasinya harus dititik beratkan.

Soal waktu pengunaan, pemantauan guru serta penjagaan telefon @ gadget itu haruslah diteliti. Harga barang-barang tersebut bukanlah murah dan gejala anak-anak kehilangan telefon@gadget pasti akan berlaku. Oleh itu kepada anak-anak walaupun kebenaran peraturan baru ini berlaku, janganlah kita hanya memikir dari segi keseronokan sahaja namun anda semua perlu lebih berdisplin dalam menjaga
harta benda sendiri.

[Bb] sendiri telah mengalami pengalaman dimana anak [Bb] membawa telefon bimbitnya ke sekolah, namun apa yang berlaku ianya telah dicuri oleh pelajar yang lebih senior. Tiada apa yang boleh dilakukan, semasa berjumpa Pengetua sudah tentu Ibubapa disalahkan kerana itu semua bukan tanggungjawab mereka dan malahan menjadi satu kesalahan. Walaupun hakikatnya kita berbuat begitu untuk memudahkan kita dalam urusan harian namun apa yang berlaku sebaliknya dan kita mengalami kerugian.

Oleh itu apa yang penting kita semua harus bersedia implikasi yang akan berlaku jika peraturan baru ini dilaksanakan dan berharap pihak sekolah serta kementerian pelajaran telah mempunyai pelbagai persediaan bagi melaluinya.

Apa kata anda …..

Bb Food & Fun – Warung Char Kuew Tiaw Abang Botak

* Article In Bahasa Malaysia

Jom jalan-jalan cari makan kat area sri rampai … Pada pengemar char kuew tiaw mahupun mee udang sudah tentu banyak tempat anda boleh perolehi menu tersebut di sekitar lembah klang. Namun apa yang penting … kualiti dan kesedapannya tentulah anda utamakan. Kali ini [Bb] nak cerita tentang “Char Kuew Tiaw Abang Botak” yang agak ramai pengemarnya.

Char kuew tiaw

Lokasi warung ini adalah di Sri Rampai Business Park … walaupun hanyalah sekadar warung@restaurant tepi jalan namun banyak pilihan sebenarnya anda boleh dapat disekitarnya.  Jika anda pernah ke restaurant Wahab cendol sri rampai … ermmm disekitar kawasan itulah letaknya Warung abang botak.

Menu kegemaran sudah pasti lah Char Kuew Tiaw yang panas-panas dilimpahi dengan kerang dan udang segar. Apa yang menariknya kesegaran bahan utama yang digunakan dan anda nikmati pula dengan cili jeruknya …perghhh. Cuma apa yang kurangnya agak macam sedikit mereka beri Kuew tiawnya … macam tak cukup je.

abang botak sri rampai

Satu lagi kegemaran [Bb] adalah mee udang special … rasanya cukup menawan dengan udang-udang besar yang melimpahi pinggan sudah tentu sedap bila makan masa panas. Jika anda ingin makan makanan lain …sekitar warung ada nasi lemak berlauk … ini kegemaran anak [Bb] . nasik lemak bungkus rm1 pun ada disediakan… anda nak makan otak-otak pun ada … burger pun ada … so kira kalau makan bersama keluarga tu tak la risau sangat sebab banyak makanan lain selain char kuew tiaw sahaja.

Jika anda ada kelapangan dan berada disekitar Wangsa Maju … boleh lah mencuba kelazatan Char Kuew Tiaw Abang Botak Sri Rampai.

Bb Food & Fun – Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju

* Article in Bahasa Malaysia

Anda sanggup  beratur selama kira-kira tiga jam hanya untuk menikmati burger di sebuah gerai di tepi jalan? Dan adakah anda juga pernah membeli sebiji burger pada harga yang mencecah sehingga RM150? Pada mulanya [Bb] tak la tertarik sangat dengan fakta tersebut, namun semakin ramai pengemar burger berbicara tentang kehebatan, kelazatan dan keunikan burger bakar kaw kaw Wangsa Maju Section 2 tersebut. So apa lagi mari kita terjah la fenomena kaw kaw ini …

Burger bakar burger bakar

Sistem pesanan (order) digerai ini bermula pada pukul 7.45 petang. Nombor giliran akan diberi semasa pesanan anda diambil, Dihadapan gerai ada tertera atau tertulisnya pemberitahuan mengenai cara pesanan dibuat. Walaupun ianya hanyalah sebuah gerai namun susun atur gerai yang bersih dan kemas memberikan suasana yang menarik.

Burger bakar Burger bakar

Apakah keistimewaan Burger Bakar Kaw Kaw sehingga mendapat sambutan luar biasa dan pelanggan sanggup beratur sehingga 2 jam?  Selain menggunakan daging segar yang padat dan besar, konsep burger bakar merupakan sesuatu yang baru di kalangan masyarakat tempatan. Perbandingan antara Burger Bakar Kaw Kaw dengan restoran-restoran daging amat berbeza kerana disini menawarkan burger bakar pada harga lebih murah tetapi dengan saiz hidangan (portion) burger  adalah dua kali ganda. Ini membuatkan apa yang pelanggan beli adalah berbaloi.

Burger Bakar Kaw Kaw diperbuat daripada daging segar home-made yang penuh dengan perisa, pelbagai rasa yang istimewa dan tersendiri . Harga menu di Burger Bakar Kaw Kaw adalah serendah RM7.50 dan setinggi RM18.50, namun ia bergantung kepada citarasa dan permintaan pelanggan sekiranya mahu tambahan patty daging burger dan set hidangan istimewa. Burger Bakar Kaw Kaw beroperasi dari pukul 7.45 petang sehingga 2 pagi setiap hari kecuali Isnin.

Burger Bakar  burger bakar

Oleh itu sesiapa yang berkunjung ke Wangsa Maju Section 2 jangan lupa singgah dan mencuba sendiri Burger Bakar kaw kaw … walaupun berbaris panjang dan menunggu lama kepuasan pasti tersedia. Pada [Bb] menilai kesedapan sesuatu makanan itu bukan pada harga atau rupa … jika ianya berbaloi [Bb] pasti akan datang lagi …dan lagi.

Jika anda tidak tahu lokasi Gerai Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju … pergi ke arah wangsa maju … dan ikut panduan peta dibawah ini. Selamat mencuba!

Burger Bakar wangsa maju

 

 

 

 

Bb Food & Fun – Mengikat Tali Kasut Dengan Gaya …

* Article in Bahasa Malaysia

Jika zaman sekolah dahulu pasti perkara yang paling remeh untuk kita lakukan adalah mengikat tali kasut. Dari situlah kita mula-mula belajar bagaimana hendak mengikat tali kasut dengan betul, oleh sebab itu lebih ramai yang suka mengunakan kasut jenis tiada tali atau istilah pasarnya ‘zip on’ . Namun sebenarnya kita tidak sedar dengan mengikat tali kasut itu mengajar kita berdisplin dan menunjukan daya kreatif yang lahir secara spontan.

[Bb] memang lebih gemar mengunakan kasut yang bertali walaupun agak cerewer dan mengambil lebih masa untuk memakainya. Apapun tahukah anda banyak gaya atau cara unik untuk menyusun atur tali kasut agar kelihatan lebih unik. Lihat paparan dibawah ini dimana pelbagai gaya boleh anda cuba …..

tali kasut unik  Tali kasut unik

Teknik gaya tali kasut  Teknik gaya tali kasut

Teknik gaya tali kasut  Teknik gaya tali kasut

Teknik gaya tali kasut  Teknik gaya tali kasut

Teknik gaya tali kasut  Teknik gaya tali kasut

Teknik gaya tali kasut  Teknik gaya tali kasut

Teknik gaya tali kasut  Teknik gaya tali kasut

Teknik gaya tali kasut 

So jika anda ingin kelihatan kreatif boleh lah mencuba teknik-teknik mengikat tali kasut di atas . Walaupun ada sebahagiannya yang agak kelihatan pelik namun apa yang penting keselesaan pada si pemakai …jangan kerana gaya anda tak selesa.

Bb Motorsport – Petron not Petronas its …Petron!

* Article in Bahasa Malaysia

MRR2 merupakan laluan harian bagi [Bb] sama ada nak ke sekolah hantar anak-anak atau nak pergi makan sekitar Ampang, Gombak, Keramat, Wangsa maju … Dah lebih 10 tahun melihat pelbagai kemajuan dikawasan sekitarnya. Dari hutan sehinggalah wujudnya kawasan rumah kedai baru seperti mana di Taman Melati..

Kali ini [Bb] terpandang stesen minyak baru …dengan logo biru merah dan berjenama PETRON! whats that? Mula-mula ingatkan Petronas ubah penampilan baru … sebab nama hampir sama… tetapi sebelum ini esso yang mengunakan stesen tersebut.

petron   stesen petron

Rupanya setelah diselidik ianya milik stesen minyak baru …PETRON. Selepas mengambil-alih Exxon Mobil yang mengendalikan stesen minyak Esso di Malaysia kepada syarikat dari Filipina, kini ia dijenamakan semula sebagai Petron. Antara lokasi stesen minyak yang telah bertukar wajah berada di Lebuhraya KL-Seremban dan Melati Utama.

Berikut ada sedikit petikan berita yang [Bb] perolehi berkenaan dengan syarikat penjual minyak baru ini …

PETRON Corporation, syarikat minyak dan gas terbesar Filipina, bercadang untuk melebarkan operasinya dalam industri minyak dan gas Malaysia menerusi pelaburan dalam operasi hiliran ExxonMobil Malaysia yang diambilalih oleh syarikat induknya, San Miguel pada Ogos lalu.

Petron Corporation berkata, pihak pengurusannya secara umumnya sudah menyatakan persetujuan dengan rancangan pelaburan dalam operasi hiliran ExxonMobil Malaysia itu.
“Jawatankuasa Eksekutif Petron Corporation sudah meluluskan pelaburan syarikat dalam perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia, dengan jumlah dan peratusan perkongsian akan ditentukan kemudian,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Philippines Stock Exchange baru-baru ini.

petron  petron

Petron Corporation menjelaskan butiran lanjut mengenai pelaburannya dalam perniagaan hiliran itu akan diumumkan sedikit masa lagi. Difahamkan Lembaga Pengarah Petron belum membuat keputusan sama ada syarikat itu akan membeli sebahagian atau keseluruhan kepentingan San Miguel dalam ExxonMobil Malaysia. 

San Miguel mengambil alih 65 peratus pegangan ExxonMobil International Holdings Inc (ExxonMobil) dalam Esso Malaysia Bhd (EMB) tahun lalu dengan urus niaga bernilai AS$610 juta (RM1.82 bilion). 

Perniagaan ExxonMobil Malaysia meliputi penapisan, penghantaran dan pemasaran produk pet-roleum. Ia mengeluarkan 88,000 tong minyak sehari di loji penapisan minyaknya di Port Dickson, Negeri Sembilan dan mempunyai tujuh terminal pengedaran dan 560 stesen minyak.

Mungkin kurang publisiti atau tiada kempen sama ada dalam media cetak …media elektronik ramai pengguna tidak tahu tentang kelahiran jenama PETRON ini. [Bb] belum berkesempatan lagi untuk mengunakan minyak jenama PETRON ini walaupun kedengaran dari penguna lain ianya sama sahaja dengan minyak Esso … lagipun [Bb] ni penguna tegar …si sput! ahakssss.

 

 

Bb Travel – Menikmati udara Tanah Tinggi Cameron Highlands

* Article in Bahasa Malaysia

Cameron Highlands salah satu destinasi percutian tanah tinggi selain daripada bukit tinggi mahupun Genting Highlands. Udara yang segar … pemandangan tanah tinggi yang indah … tanaman sayur-sayuran dan buah ‘strawberry’ yang menjadi daya tarikan itulah yang ada pada Cameron highlands.

CH

Adik Ipar [Bb] merancang nak berehat di Cameron Highlands sambil mencari ketenangan jiwa katanya … so dia ajak la keluarga [Bb] dan keluarga Yusma sekali untuk bercuti di Cameron Highlands. Segala penginapan dia akan uruskan dan seperti biasa la kaum hawa akan setup barang – barang keperluan untuk dibawa. 3H2M itu lah rancangannya, destinasi penginapan di Crown Imperial Court Apartments iaitu di pekan Berincang.

ch  cactus

Memandangkan nak stay kat Apartment jadi memang lagi mudah la dari segi penginapan sebab kami boleh masak je kat Apartment. Cuma barang-barang keperluan untuk memasak kena la bawa sekali, Ada 3 bilik dalam apartment ini yang mencukupi bagi kami 3 keluarga. Macam biasa kalau tak muat boleh la anak-anak bujang tidur kat ruang tamu yang luas… Sebenarnya lebih menjimatkan jika kita masak sendiri sebab makan diluar sudah tentu banyak kosnya… lagipun dalam keluarga ni ramai chef bertauliah … save budget.

Untuk ke Cameron Highlands [Bb] sentiasa menyemak keadaan cuaca dan jalan raya semasa kerana kami ingin bercuti dengan tenang dan selamat. Sebenarnya ada 2 jalan utama dari lebuh raya utara selatan untuk ke Cameron Highlands, samada ikut jalan TAPAH atau ikut jalan SIMPANG PULAI. Pelbagai pandangan  tentang kebaikan atau keburukan pasal kedua arah jalan tersebut. Tapah kalau kita dari KL sememangnya dekat dan SIMPANG PULAI jika sesiapa dari utara memang dekat … namun jalan TAPAH agak merbahaya dengan selekohnya yang banyak dan pendek. SIMPANG PULAI jalan baru dan lebih lebar dan kurang berliku .. tetapi dari segi jarak … SIMPANG PULAI agak jauh.

Tanah rata  Kiddo

[Bb] Dari awal lagi dah fikir ikut SIMPANG PULAI demi keselamatan keluarga walau perjalanan agak jauh. Kami bertolak dalam 10.00 pagi dari rumah dan bertemu dengan keluarga adik ipar [Bb] kat RnR Rawang. Dari sana terus ke CH dengan cuaca yang baik dan perjalanan yang lancar. Sebelum tiba Di Berincang kami singgah kat Avant Chocolate pit stop … than keluarga Yusma tiba kami terus ke Apartment. Jika diikutkan perjalanan hanya 20 minit namun jadi 1 jam 30 minit gara-gara jalan sesak teruk.

[Bb] Selesai berehat kat apartment kami semua turun ke Pasar Malam Berinchang yang menjual pelbagai barang ..makanan …sayur …buah …pakaian macam2 ada. So meriah la mem2 dan anak2 membeli macam2 benda. Apartment pun tak jauh sangat cuma kena naik bukit je itu yang payah … pancit. Kesian tengok Mak tok kena naik bukit tu tapi mak tok memang dah biasa …pasal shopping mesti tak loteh punya’ . Malam kami memang tak ke mana – mana sebab cuaca pun sejuk, kami bantai tidur je sebab esoknya nak jalan-jalan lagi.

cameron  kid

Next day kami dah rancang nak ke BOH TEA Plantation …sebab ramai yang ke CH pasti terlupa nak ke sini. So lepas melantak nasi lemak sodap resepi chef emma kami pun terus ke lokasi sasaran.  Dari awal lagi si abang’ dok kata kena daki puncak bukit baru best … sebab kawan dia kata pemandangan cantik. Perjalanan dari Berinchang agak jauh dan jalan masuk ke ladang tu memang sempit …ferrari lambogini …kereta-kereta rendah lupakan la… jalan agak teruk dan memang sesuai untuk 4wd nya kereta. Masa mendaki ke puncak ladang [Bb] terlupa semakin atas semakin kurang oksigen … mula-mula risaukan aliff’ sebab takut dia semput …rupanya dia paling dasyat mendaki dengan selamba ke atas. [Bb] pun masa ni terlupa sebab seronok sangat lupa yang diri sendiri pun ada pneumonia’

ch

Sampai atas amik kau ….tiba-tiba mengigil and tak boleh bernafas …nak tarik nafas tapi tersekat …apa lagi pitam la dibuatnya. Terus wife tercinta tolong and baring kat riba dia …masa tu dah risau sebab tak bawa ubat tau pam gas tu …memang gamble je…nasib baik ingat pesan doctor rendahkan graviti dan cuba muntah. Dalam 15 minit juga dalam keadaan tu … fuhhh nasib baik umur panjang. Lepas ni kena la ingat selalu … itu lah yang pertama dan terakhir [Bb] panjat bukit ladang Teh Boh tu … memang cantik pemandangan kat atas. Rasanya semua enjoy kat atas tu termasuk la anak-anak semua …

Selesai minum teh yang sedap kat cafe situ … kami pun bertolak semula ke arah berinchang …lalu la jalan berliku and tanah rata. Tak dinafikan memang banyak resort sama ada di Tanah Rata atau Berinchang. Aktiviti seterusnya kami ke tempat memetik strawberry’ … masa ini cuaca dan nak hujan. Dapat la seronok-seronok dengan anak-anak memetik sendiri buah strawberry fresh’ untuk dibawa pulang … harga pun boleh tahan dan dapat la dalam 700 gram buah strawberry tu. Dekat atas bukit ni buah strawberry dia tak la manis sangat …tapi tak la masam pulak cuma yang penting …segar!

Cameron   cameron

Nasib kurang baik sebab dalam jam 3 dah hujan lebat …so kami ingat nak terus kan berjalan tetapi jalan pula dah sesak ditambah hujan … kami pun sepakat untuk balik je ke apartment. Dah duduk kat rumah ini tak banyak benda la yang dibuat … tidur …makan  macam biasa. Sempat lagi pekena spaghetti … Waktu malam dihabiskan dengan berehat sahaja. Lagi pun keluarga yusma’ dah nak balik malam tu … tinggal la kami 2 keluarga dengan bonda.

Last day …semua bangun awal sebab nak pastikan banyak tempat kami dapat pegi and untuk mengelak Hujan. [Bb]masak nasi goreng pagi untuk breakfast + meggi + nugget yang [Bb] gurl goreng . Selesai melantak terus ke destinasi …dapat la ke butterfly farm … bee farm … singgah beli buah …sayur …bantal dan macam – macam. Seronok juga masuk Butterfly farm tu …anak-anak memang suka tempat macam tu … bersih dan menarik.

cactus  Cameron

Selesai je melawat … destinasi terakhir sempat kami singgah sebelum hujan lebat iaiut Bharat Plantation …pekena teh tarik dan muffin … kebab …sandwich … memang lega sebab betul-betul selesai je makan hujan turun dengan lebatnya. Dari situ kami menghala ke SIMPANG PULAI semula untuk perjalanan pulang ke Kuala Lumpur … Sempat singgah di hentian tapah untuk makan dan membeli buah-buahan . Sepanjang perjalanan hujan memang lebat betul sampai tak nampak jalan … namun syukur semuanya dipermudahkan … kenderaan pun dalam keadaaan baik … memang risau memandu dalam keadaan hujan lebat.

Cameron

Akhirnya tamat sudah aktiviti menikmati udara segar di Cameron Highlands …insya allah jika ada rezeki kami akan ke sini lagi …mungkin menginap di Tanah Rata pula.

* Terima kasih pada keluarga Baya/Khai dan Yusma yang sama-sama ke CH.

Bb Motorsport – Saman kesalahan trafik sehingga RM2000 ?

* Article In Bahasa Malaysia

saman

Apa saman trafik sampai RM2000 ? pelbagai reaksi tentu dilemparkan berkenaan cadangan kenaikan ini. Dari segi logik atau tujuan menyedarkan penguna itu memang boleh diguna pakai, cuma perlu diteliti jenis kesalahan yang terlibat …sebagai contoh melanggar lampu isyarat. Saman RM2000 itu memang wajar kerana ini suatu kesalahan yang boleh dielakkan jika penguna itu sendiri perihatin dan bersikap lebih matang ketika dijalan raya.

Walau apa pun rasionalnya saman sehingga Rm2000 ini amat perlu bagi memberi kesedaran kepada semua penguna … mungkin dengan jumlah saman yang besar baru mereka sedar dan takut untuk melakukan kesalahan.

Pihak yang berkaitan akan melaksanakan undang-undang baru Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana sekiranya diluluskan saman maksima untuk kesalahan trafik termasuk melanggar lampu merah akan dikenakan kepada pesalah trafik sehingga RM2,000. Antara amendment yang termasuk dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini termasuk mengingkari arahan ‘traffic signal’ oleh polis berpakaian preman atau warden bertugas.

Memandu tanpa lesen juga mungkin akan dikenakan saman sehingga maksima RM1,000 sehingga RM2,000, penjara tidak lebih 3 bulan, atau kedua-dua sekali.Banyak lagi kesalahan lain yang diambil kira dan diharapkan ia akan memberi kesedaran dan mampu mendidik pemandu di Malaysia supaya memandu dengan berhemah di jalanraya.

Pada penguna yang sering melakukan kesalahan jalan raya lepas ini boleh lah menggunakan pengangkutan awam! .

Bb Kiddo – PIBG Sekolah lebih dari sukarelawan …

* Article in Bahasa Malaysia

Selama ini [Bb] tak ambil tahu sangat pun kewujudan PIBG kat sekolah anak-anak [Bb] . Walau sedar adanya PIBG … cuma tiap kali mesyuarat agong atau aktiviti yang PIBG adakan mesti ada saja hal lain. Cuma tahun ni agak berlainan sedikit, mungkin kerana keinginan untuk turut membantu pihak sekolah [Bb] ambil keputusan untuk hadir dalam mesyuarat agong 2012 awal tahun lalu.

Sebenarnya sebagai Ibubapa pada pelajar [Bb] rasa memang takde komunikasi langsung dengan pihak sekolah … disebabkan itulah tahun ini ingin mendekati mereka dengan turut serta dalam PIBG. Tak sangka pula bila bersuara lebih ni kita jadi tarikan … akhirnya jadi AJK dalam PIBG dan merangkap Juru Audit sekali. Mula – mula memang agak keliru juga kerana kehadiran [Bb] sebagai orang baru dalam PIBG ni takut disalah ertikan .. lagipun Dato S yang mencalonkan [Bb] . Harap-harap takde la politik dalam PIBG ni kerana memang alahan betul dengan politik ini. Awal-awal lagi [Bb] berniat masuk PIBG ni untuk membantu pihak sekolah dan terutamanya melihat anak-anak yang bersekolah di sini dapat menafaatnya.

Masuk je dah dapat tugasan besar … apapun memang macam dah jangka semua itu sebab sebelum ini pun [Bb] perhatikan PIBG perlu digerakkan. Sekarang semuanya semakin serasi cuma masa dah kena sediakan untuk meeting tiap-tiap bulan kat Sekolah. Apa sekali pun … ini satu amanah …yang perlu dijalankan.

Semua orang sedia maklum tentang kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah. Di sini, saya ingin menyorot semula apa itu PIBG, tujuan dan fungsi PIBG sebagaimana yang digariskan di dalam perlembagaan.

PIBG adalah salah satu organ penting sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid. Pertubuhan PIBG di peringkat sekolah rendah dan menengah adalah hasil pelaksanaan syor-syor berlandaskan Laporan Aziz yang diumumkan pada tahun 1971.

Fungsi PIBG utama yang ditubuhkan di sekolah-sekolah ialah menjaga dan melindungi kebajikan pelajar-pelajar dan guru-guru, di samping memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah. Fungsi PIBG ini dapat diperlihatkan daripada kegiatan-kegiatan sosial, akademik dan kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ahli-ahli PIBG yang aktif boleh menyumbangkan tenaga dan sumber kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah.

Menurut Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa = Guru) 1998 [Sub peraturan 7(2) ] Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa – Guru (PIBG), tujuan PIBG ialah:-

(a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam meningkatkan imej sekolah;

(b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

(c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

(d) Untuk memberi peluang kepada ibubapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan

(e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Manakala fungsi PIBG pula ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, seperti :-

(a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

(b) menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah;

(c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat;

(d) meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Jelas sekali, peranan PIBG hanyalah sebagai organ menambahbaik dan membantu pihak sekolah dalam bidang tertentu sahaja. PIBG tidak boleh mentadbir dan mencampuri hal pentadbiran sekolah sementara pihak sekolah pula haruslah memberi sepenuh kerjasama kepada PIBG kerana kebanyakan program PIBG memerlukan penglibatan guru-guru. Beruntunglah sekolah yang mendapat barisan AJK PIBG yang komited dan memahami. Sudah tentulah pentadbir dapat menjalankan tugas dengan lancar dan guru-guru dapat mendidik dengan berkesan.

Mesyuarat PIBG janganlah dijadikan sebagai medan untuk menyenaraikan ketidakpuashatian kerana tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan usaha memartabatkan pendidikan. Masa tersebut begitu berharga untuk dihabiskan dengan membesarkan hal-hal yang remeh-temeh. Masing-masing boleh menegur tetapi lunakkan ia dalam bentuk cadangan. Jika ada kes-kes tertentu, datanglah ke pejabat sekolah untuk disiasat dan diselesaikan secara halus dan berhemah.

PIBG itu sebenarnya apa?  Persatuan Ibubapa dan Guru …. Pada [Bb] PIBG sebenarnya adalah Permuafakatan Ibu Bapa dengan Guru. Maka marilah bermuafakat dengan sekolah, guru dan PIBG demi masa depan anak-anak kita.”

Bb BanjarBoy – Ikan Puyu antara mitos dan kepercayaan

* Article In Bahasa Malaysia

Memancing di tepi parit, tali air mahupun sawah adalah suatu aktiviti yang biasa bagi mereka yang pernah bergelar Budak Kampung’. Ikan haruan, Ikan keli mahupun ikan sepat semuanya sudah tentu jadi taruhan.

Ikan Puyu … satu lagi jenis ikan yang biasa diperolehi ketika melakukan aktiviti memancing di Kampung. Bagi [Bb] ikan puyu mempunyai keistimewaan tersendiri ketika kita cuba memancingnya. Dengan rasa takut pada sisik yang agak kasar dan duri pada siripnya yang pasti melukakan jari anda jika terkena.

Ikan Puyu   ikan puyu

Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan ‘tangkal’ bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau

Ikan puyu (Climbing Perch) atau nama saintifiknya Anabias Testudineus, turut dipanggil ikan betok oleh penduduk tempatan. Habitat ikan puyu biasanya di sawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Ikan puyu amat enak digoreng, dimasak lemak cili api atau masak sambal.

ikan puyu ikan puyu

Walauapapun [Bb] memang suka makan Ikan puyu kerana rasanya yang manis dan tidak hanyir seperti ikan haruan. Jika benar sekali pun mitos yang kita dengar semua itu telah wujud dari zaman nenek moyang kita lagi cuma jangan kerana mitos kita takut pula nak makan Ikan Puyu yang Sodap ni!